TERTUDUH kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, beliau adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.
"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.
Sirul Azhar, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama.
"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.
Adik perempuan dan abang saudaranya yang turut berada di galeri awam dilihat turut menangis.
Sirul Azhar mula membacakan nota kenyataan pembelaannya setebal 15 muka surat mulai jam 9.40 pagi, dengan menjelaskan mengenai pertemuannya dengan tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, pada 18 Oktober 2006 di Central Market untuk mencari Hotel Malaya setelah dia selesai bertugas.
"Saya bertanya kepada Azilah apakah tujuan mencari Hotel Malaya dan apakah tujuan untuk ke Damansara (ke rumah Abdul Razak Abdullah Baginda, tertuduh ketiga yang telah dibebaskan dan dilepaskan sebelum ini)?. Azilah memberitahu saya beliau ada kerja yang hendak dilaksanakan dan meminta saya mengikutinya sahaja.
"Dalam perjalanan ke Damansara, Azilah ada menceritakan kepada saya bahawa DSP Musa Safri telah memberitahu beliau hal seorang kawan DSP Musa yang sedang menghadapi masalah perempuan.
"Azilah mengarahkan saya untuk memandu ke rumah kawan DSP Musa yang dimaksudkan di Bukit Damansara. Menurut Azilah kawan DSP Musa adalah seorang berjawatan tinggi, seorang ahli perniagaan dan seorang yang berada.
"Bagaimanapun, Azilah tidak mendedahkan kepada saya identiti kawan DSP Musa itu," katanya.
Sirul Azhar berkata sepanjang perjalanan, Azilah juga menceritakan seorang perempuan dan seorang lelaki yang dipercayai abang kepada perempuan tersebut, kedua-duanya berbangsa Cina, telah mengganggu dan membuat kecoh di hadapan rumah kawan DSP Musa.
Menurut Azilah lagi perempuan itu adalah kekasih lama kawan DSP Musa tersebut, katanya. Sirul Azhar berkata persetujuan untuk membuat rondaan di kawasan rumah Abdul Razak adalah sebagai bantuan kerana beliau mengenali Musa yang merupakan pegawai atasannya dan ia juga adalah arahan daripada Azilah yang juga pegawai atasannya.
Dia turut mengakui telah pergi ke Hotel Malaya (tempat penginapan Altantuya) bersama Azilah pada hari tersebut untuk menemui wanita Mongolia itu tetapi tidak berjaya kerana Azilah tidak tahu yang mana satu biliknya.
Sirul Azhar berkata bahawa pada 19 Oktober 2006, Azilah menelefonnya pada jam 8.45 malam memintanya datang ke rumah Abdul Razak bagi memberi bantuan sokongan sekiranya lelaki dan perempuan Cina yang membuat kecoh itu bertindak ganas.
Katanya, setiba di kediaman tersebut (dengan berjalan kaki kerana kenderaan diletakkan di simpang jalan), dia melihat Azilah sedang bercakap dengan seorang perempuan Cina dan seorang lelaki India, dan apabila Azilah ternampak, dia membuat isyarat tangan supaya Sirul Azhar masuk ke dalam sebuah kereta Wira Aeroback berwarna merah.
"Tidak lama selepas itu saya nampak perempuan Cina itu berjalan menuju ke kereta sambil diikuti Azilah dan lelaki India itu. Perempuan Cina tersebut terus membuka pintu penumpang belakang dan memasukinya," kata Sirul Azhar.
Katanya selepas itu kereta yang dipandu Azilah terus menuju ke simpang tiga dan dia meminta Azilah menurunkannya di situ untuk mengambil kereta. Azilah kemudiannya mengekori kenderaan Sirul Azhar dan ketika berhenti di sebuah perhentian bas, dia berjumpa dengan Azilah dan dimaklumkan bahawa perempuan Cina itu menunjukkan perilaku dan respon yang baik setelah dinasihati supaya tidak terus membuat kacau di rumah Abdul Razak.
"Saya memberitahu Azilah bahawa memandangkan keadaan adalah terkawal dan saya tidak mempunyai apa-apa peranan lagi saya ingin pulang ke rumah. Azilah kata okay. Selepas itu saya meneruskan pemanduan dari Jalan Damansara membelok ke kompleks kerajaan Jalan Duta.
"Sebelum membelok menghala ke NKVE (New Klang Valley Expressway), saya telah menghubungi Azilah melalui telefon untuk bertanyakan sama ada saya perlu membuat rondaan di kawasan rumah kawan DSP Musa pada keesokan harinya memandangkan Azilah akan bertugas di Putrajaya.
"Menurut Azilah dia telahpun menasihati perempuan Cina tersebut dan perempuan itu bersetuju untuk tidak mengganggu atau membuat kecoh di hadapan rumah kawan DSP Musa lagi. Azilah memberitahu bahawa saya tidak perlu membuat rondaan keesokan harinya," katanya.
Sirul Azhar berkata dia tiba di rumah pada jam 10 malam dan keluar semula pada jam 12 tengah malam menghala ke plaza tol Kota Damansara menuju ke plaza tol Jalan Duta dan seterusnya ke Kampung Baru Kuala Lumpur untuk bersahur.
Dalam perbicaraan lalu, pihak pendakwaan telah mengemukakan laluan-laluan tersebut sebagai laluan alternatif untuk Azilah dan Sirul Azhar membawa Altantuya ke Puncak Alam dari rumah Abdul Razak.
Keterangan Azilah ketika membela diri juga tidak menyatakan Sirul Azhar bertindak pulang ke rumah sebaliknya Sirul Azhar dikatakan telah mengikutinya hingga ke Bukit Aman dan bersetuju menghantar Altantuya ke hotel pada malam tersebut.
Sirul Azhar dan Azilah sedang dibicarakan pada peringkat pembelaan terhadap tuduhan membunuh Altantuya, 28, di satu kawasan antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama Abdul Razak, 48, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Pada 31 Okt tahun lepas, Hakim Dato' Mohd Zaki Md Yassin memerintahkan agar Abdul Razak, yang juga penganalisis politik, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
Dalam keterangannya hari ini Sirul Azhar berkata bahawa sebelum berlepas ke Pakistan pada 31 Oktober 2006 untuk satu tugasan liputan keselamatan perdana menteri, dia telah meninggalkan kenderaan, iaitu sebuah jip, di tempat letak kereta perkarangan Bukit Aman dan meninggalkan kunci kepada seorang bernama Sarjan Rosli.
"Sebelum berlepas ke Pakistan, saya telah mengemas kenderaan saya dan menyusun rapi barangan di dalamnya termasuklah sepasang selipar berwarna merah yang saya sisipkan dengan rapi di tepi kotak plastik yang besar di bahagian belakang kenderaan," katanya.
Bagaimanapun katanya selipar yang ditunjukkan sebagai eksibit (mempunyai tompokan darah Altantuya) bukanlah miliknya dan tidak sama dengan yang sebelum ini kerana warna berbeza dan saiz tidak sesuai dengan kakinya.
Mengimbas bagaimana dia dibawa ke tempat kejadian, Sirul Azhar berkata ASP Tonny Lunggan (pegawai penyiasat kes itu) telah mengarahkan beberapa orang pegawai polis yang turut membawa kamera video ke satu kawasan pada 6 Nov 2006 tetapi berada di situ sekejap sahaja kerana hari hampir senja.
Sirul Azhar berkata bahawa pada esokannya, ASP Zulkarnain telah memintanya membuat pengakuan dengan berkata "...macam inilah Sirul, kalau kau setuju, engkau ikut aku, kau camkan barang-barang itu, kau pegang dan tunjuk ke arah barang itu sambil jurugambar ambil gambar, aku boleh tolong engkau dan hal ini kita tidak bawa ke mahkamah."
Selepas itu tanpa bertanya apa-apa, Sirul Azhar berkata dia telah mengikuti beberapa anggota polis ke rumahnya dan di situ (rumah) dia melihat ASP Zulkarnain membuka pintu menerusi kunci yang mana sebelum itu dia telahpun menyerahkannya kepada ACP Mastor Mohd Ariff (pegawai atasan UTK) sewaktu di Pakistan.
Bagaimanapun, Sirul Azhar berkata kunci yang ditunjukkan di mahkamah bukanlah kunci rumahnya yang sebenar kerana ia masih berkilat sedangkan kunci miliknya telah lusuh dan banyak. Katanya, ketika di rumah, dia telah dipaksa memegang jaket dan menunjuk arah barang-barang milik Altantuya untuk dirakam gambarnya dan sewaktu keadaan itu berlaku dia tidak dibacakan apa-apa 'amaran' oleh mana-mana pegawai polis.
"Sebelum saya mengakhiri kenyataan ini, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengenali mangsa dalam kes ini dan tidak pernah mempunyai sebarang urusan peribadi mahupun sebaliknya dengan beliau.
"Saya juga tidak mengenali Abdul Razak dan tidak mempunyai sebarang urusan dengan beliau sebelum kes ini. Saya merayu kepada mahkamah ini untuk mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi dari D9 IPK (siasatan jenayah berat) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa berubah-ubah cerita mereka bila disoal balas.
"Saya melihat keadaan ini dengan keperihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya," katanya. Selesai sahaja Sirul Azhar memberi keterangan, peguam Hasnal Redzua Merican yang mewakilinya, menyatakan bahawa pihaknya tidak akan memanggil saksi lain dan menutup kes pembelaan.
Hakim Mohd Zaki menetapkan 16 dan 17 Feb ini untuk semua pihak mengemukakan penghujahan sebelum beliau membuat keputusan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan