KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 05, 2009

PAS mahu SPRM terus siasat Adun Bota yang melompat-lompat parti


SETIAUSAHA Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaaffar mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.

SPRM kata beliau sebelum ini membuat kenyataan akan membuat siasatan ke atas Nasarudin ketika Adun Bota itu mengisytihar menyertai KeADILan.

"Jika ketika Nasarudin menyertai KeADILan, SPRM ingin siasat sekarang bila beliau kembali sertai Umno, siasatan yang sama perlu dilakukan," tegas Kamaruddin.

Mengulas mengenai penyertaan kembali Adun Bota tersebut ke dalam Umno, Kamaruddin menegaskan PAS kesal dengan tindakan wakil rakyat tersebut yang tidak tetap pendirian.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin Hashim mengumumkan keluar dari Umno untuk menyertai KeADILan. Nasaruddin membuat pengumuman menyertai Parti KeADILan Rakyat dalam sidang media di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

siasat la woi.kalau pakatan rasuah adun Bota kenapa dia melompat katak balik dalam Umno.Cuba pikir semua.

Tanpa Nama berkata...

tah ,tak pk ke?
buat malu je..
orang lain nak buat blog,
dia pun nak buat..
jadi macam neh la

Tanpa Nama berkata...

apa masalahnya.. sprm siasat baik dia lompat ke pkr atau ke bn semula? jgn bila lompat ke pkr nak siasat sekarang diam terkedu...