Rakan-rakan saya, Salmiyah Haron dan Intan Abdullah sudah tiba di Ipoh setlah bertolak dari Kuala Lumpur petang tadi. Mereka cuba mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan senario politik di ibi negeri Perak itu.
Mereka melaporkan, kesemua Adun Perak menerima surat jemputan ke majlis perlantikan Menteri Besar Perak yang dijadualkan akan diadakan esok, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada jam 3.00 petang.
Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, semua mereka tidak akan menghadiri majlis tersebut dan bertindak memulaukannya.
Sementara itu, Nizar yang ditemui di kediaman rasminya berkata, kesemua exco Pakatan Rakyat bertekad tidak akan mengosongkan pejabat masing-masing di SUK, biarpun diminta berbuat demikian.
Ketika ini, kediaman rasmi MB dipenuhi kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat dengan sepanduk yang berbunyi 'Bubarkan Dun, Kembalikan Suara Rakyat' serta laungan takbir.
Dalam pada itu, penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat kini sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat hajat di kediaman tersebut, yang dikawal ketat oleh Unit Amal PAS.
Pihak polis kini dikatakan sedang giat membuat sekatan di semua jalan utama ke kediaman rasmi MB.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan