KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 26, 2009

Pemuda Umno cabar Karpal Singh kemuka bukti dalam masa 24 jam terlibat hantar peluru hidup!

Karpal menjadi sasaran peluru hidup ekoran kelantangannya untuk menyaman Tuanku Sultan Perak dan semalam beliau menyifatkan Pemuda Umno sebagai "celaka" di dalam Parlimen


Khairy Jamaluddin mencabar Karpal membuktikan tuduhan kononnya Pemuda Umno yang mengirimkan peluru hidup kepada beliau. Khairy memberi tempoh masa 24 jam untuk berbuat demikian.


SAYA mengutip laporan Malaysiakini bagi mengungkapkan apa yang terjadi di Parlimen petang tadi. Kekecohan dan ketegangan di luar dewan cuba digambarkan oleh TV3 sebagai aksi cabar-mencabar antara Karpal dan anaknya Gobind dengan beberapa ketua pemuda Umno. TV3 menayangkan rakaman video agak objektif.

Malaysiakini melaporkan begini: Pemuda Umno cabar Karpal kemuka bukti tempoh 24 jam untuk Pengerusi DAP Karpal Singh mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini. Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini, lapor Bernama.

Semalam, ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, wakil rakyat Bukit Gelugor itu mendakwa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru yang ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam sidang media itu, Khairy turut menyifatkan Karpal yang juga seorang peguam veteran sebagai seorang yang angkuh serta berlagak seolah-olah tahu segala undang-undang. "Sebab itu Pemuda Umno hari ini mendesak kerajaan untuk bertindak cepat, manusia macam Karpal ini memang angkuh, memang ingat dia selalu betul dan dia tahu segala-galanya. Saya takut kalau kerajaan tidak ambil tindakan mengikut undang-undang kita tak dapat bendung kemarahan rakyat, kemarahan sebilangan besar daripada rakyat masyarakat Melayu terutamanya, dan seluruh ahli pergerakan Pemuda Umno Malaysia," tegasnya.

Ditanya adakah pemuda Umno ingin meminta Karpal memohon maaaf secara terbuka, Khairy menjelaskan bahawa Pemuda Umno tidak akan membuang masa untuk meminta permohonan maaf Karpal.

"Manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda Umno cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Pemuda Umno yang membuat 100 laporan polis terhadap Karpal, Khairy berkata laporan tersebut mencerminkan perasaan majoritirakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Sultan Perak Sultan Azlan Shah ke mahkamah.

"Sebagai seorang peguam terkenal, Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda Umno ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pemuda Umno juga mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis yang dibuat sebelum ini," katanya.

"Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda Umno yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat, "Katanya, Pemuda Umno tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kesejahteraan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah penipu namanya..

bangsat..haram jadah..

Ini dah menunjukkan yang pembangkang ni suka buat fitnah aje. takde bukti tapi terus tuduh orang lain sesuka hati..

yang paling bangsat sekali penyokong-penyokong yang duk sokong memBABI buta je..

Kapal Sing suruh makan taik pun, penyokong bengap dia pun berebut rebut nak makan taik..