JIKA Umno jantan, bertarunglah dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Tapi Umno dayus dan pondan sepondan-pondannya," katanya lagi dalam sidang akhbar di kediaman Menteri Besar. Beliau juga memberitahu, saman akan (telah dikemukakan pada 13 Feb 2009) dikemukakan ke atas Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang dilantik sebagai Menteri Besar, 6 Feb lalu.
Perlantikan Dr Zambry dibuat berlakunya ketika peristiwa 'Black Friday' di perkarangan Istana Bukit Chandan di mana beribu-ribu penyokong PR yang membantah rampasan kuasa dari Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak diserang oleh polis dengan gas pemedih mata dan pelbagai kekerasan lain.
Mengulas saman itu, Mohammad Nizar menolak tanggapan bahawa saman itu secara tidak langsung ditujukan kepada Sultan perak.
"Saya tidak ada niat sama sekali hendak menyaman baginda," tegas beliau. Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Pakatan Rakyat menubuhkan panel peguam untuk mengkaji kesahihan pelantikan Dr Zambry.
Beliau juga menjelaskan, Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para penyokongnya membantah secara aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan