Saya menafikan semua artikel berkenaan adalah tulisan, pandangan dan komentar saya. Nama saya dipilih barangkali kerana ia nama yang dikenali dalam kelompok PAS dan Pakatan Rakyat. Atau dipilih kerana mahu mananam persepsi buruk ahli-ahli PAS, penyokong Pakatan Rakyat terhadap saya. Isunya, ia adalah sejenis FITNAH.
Mengapa dan kenapa, jawapannya amat mudah. Laman web celaka ini tiada identiti sebab pengendalinya seorang penakut untuk berkata benar. Pengecut untuk berdepan dengan individu, kumpulan atau mana-mana pihak berkaitan. Dengan "menyamar" di sebalik pelbagai nama laman web atau laman sosial, mereka dengan mudah, berani memetik jari dan mengetuk keybord menulis dan memfitnah orang lain.
Hal ini berbeza dengan blogger atau pengendali laman web yang tidak menggunakan nama samaran untuk menulis. Mereka ada nama betul. Adana identiti sah. Apapun tuduhan atau fitnah, jika ada penamanya yang jelas, tiada apa-apa masalah untuk berbeda pendapat atau untuk menuntut bukti daripada fitnah yang dilempar. Kita boleh berhujah.
Tetapi laman web celaka http://www.malaysia-instinct.com/malay/ memang berniat jahat. Walaupun nama yang digunakan berbeza sedikit "TARMIZI (MD) JAM" dan bukan 'TARMIZI MOHD JAM" tetapi tujuannya mudah diketahui. Beza "MD" dan "MOHD" tidak terlalu jauh. Namun, inilah niat tersirat pengendali laman celaka itu. Nama saya itu, diletakkan dalam kumpulan kolumnis laman celaka tersebut. Antara nama lain ialah Jefri Zachariah; Susan Lim; Terrence Fernandez; Tarmizi MD Jam; Fareeq Dawood; PJ Moorthy; Farah Deebah.
Banyak nama-nama individu lain ditulis sebagai penulisnya sedangkan visi, misi dan anutan serta fikrah penulis berkenaan jauh berbeza dengan tulisan atau komentarnya. Inilah FITNAH namanya.Dan pengendali laman web celaka ini memang tahu itu suatu kesalahan sebab itu, dia berselindung di sebalik sehelai daun lalang. Dia lupa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui!Maka sudah tentu yang mengendalikan laman celaka ini ialah seorang manusia. Dan sebagai manusia dia ada hati, perasaan dan naluri. Paling utama dia ada pertalian dengan Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Saya tidak gentar dengan FITNAH ini, kerana Allah bersama-sama orang yang benar. Ini keyakinan kita yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya. Kaki FITNAH tidak akan selamat dunia dan akhirat. Hidupnya tidak harmoni, jiwanya luntur dan hatinya mati dan mati.
Apakah pengendali laman celaka ini http://www.malaysia-instinct.com/malay/ menyangka Allah tidak tahu fitnah yang dia buat? Atau menyangka dia lebih bijak dari Allah? Atau dia berasa, tiada hari akhirat yang membabitkan dosa pahala, surga dan neraka? Atau terlalu dibuai nikmat dengan upah yang diterima, ganjaran haram yang diberi?
Akhir kata, bertaubatlah dari memfitnah orang lain dengan menggunakan nama mereka untuk kepentingan "sesuap nasi" bagi diri sendiri dan anak keluarga. Seperti kamu khuatir menggunakan nama emak, bapa atau adik-beradik, anak isteri kamu untuk tujuan FITNAH. Sesungguhnya FITNAH itu lebih dahsyat dari membunuh. Takkan pengendali laman celaka http://www.malaysia-instinct.com/malay/ seperti ini, sedia menjadi "pembunuh" setiap hari dan setiap ketika? Ingatlah, Allah tahu apa yang kamu lakukan. Kamu tidak boleh bersembunyi atau membungkus diri di akhirat kelak. Kamu akan disoal...

0 ulasan:
Catat Ulasan