KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 31, 2011

Demontrasi aman Pakatan Rakyat di hadapan Kedutaan Mesir, Isnin 31 Januari 11 pagi



Isnin, bersamaan 31 Januari 2011, satu demontrasi aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Mesir sebagai tanda membantah dan solidariti bersama rakyat Mesir yang ketika ini sedang bangkit menurunkan regim Hosni Mubarak di negara tersebut.

Dalam satu SMS Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi, Mohamad Sabu kepada saya selaku Setiausaha JK Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, jam 3.46 petang semalam, memberitahu demontrasi aman itu dilangsungkan jam 11 pagi di Kedutaan Mesir beralamat No. 12, Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir.

Ia akan diketuai sendiri Sdra. Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah Arul, Setiausaha Agung PSM dan badan-badan bukan kerajaan. Orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan sokongan pada kepada rakyat Mesir yang inginkan perubahan.

3 ulasan:

Yop Ghanjo berkata...

Masyallah tak abis2 buat kerja bodoh...

Mohamadazhan hjDesa berkata...

orang bodoh orang yang dok rumah dan malas berfikir nasib bangsa dan agama, tunggu minum kopi.hehe

Tarmizi Mohd Jam berkata...

orang bodoh ialah orang yang duduk diam, atau berpeluk tubuh melihat umat islam diratah oleh kerajaan zalim seperti hosni mubarak atau rakan-rakan sewaktu dengannye. Oleh itu, janganlah memperbodohkan orang lain yang inginkan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.