PRIHATIN: PAS Wilayah Persekutuan menghulurkan sumbangan berjumlah RM4,100 bagi membiayai pembinaan bangunan dan pengurusan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang tersergam di Taman Melewar. Sumbangan disampaikan Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad kepada Rektor KUIZM, Dr. Shahbudin Ngah di pejabat pentadbiran kolej itu, Rabu lalu. Turut hadir di majlis itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalan Pesuruhjaya, Salbiah Abdul Wahab serta beberapa Ahli Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan