KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 13, 2011

Ugut & Pecat penyokong Pakatan Rakyat: Isa Samad "bahaya" untuk Felda! - Salehuddin Ayub


Tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Mohd Isa Samad mengugut dan akan memecat mana-mana kakitangan agensi kerajaAn itu, jika didapati menyokong Pakatan Rakyat, amat bahaya untuk genarasi dan tanah rancangan tersebut. Tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, ugutan tersebut mencerminkan "belang" bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu makin terserlah belumpun 100 hari mentadbir Felda.

Mohd Isa dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, Selasa lalu. 

Dedah Salahuddin lagi, sewaktu tokoh Umno yang disabitkan kesalahan rasuah itu berceramah di Dun Tenang baru-baru ini, Isa menuduh PAS dan Pakatan Rakyat telah memecah-belahkan warga Felda dengan pelbagai dakyah dan fitnah ditaburkan.

Apa yang terjadi, Isa lah yang memecah belah warga Felda sehingga beliau mula dipertikai oleh mereka sebagai orang terdesak membela kerajaan Umno-BN dan bukan membela nasib mereka, ujarnya kepada Harakah.

"PAS  datang ke Felda memperjuangkan nasib generasi Felda untuk masa akan datang mereka. Fitnah apa? Banyak kes yang diperjuangkan menyebelahai mereka. Peneroka ditindas, ditipu dan sudah sampai masanya untuk kita terus perjuangan agar tiada lagi keraguan bagi melangkah ke hadapan demi membela genarasi Felda yang ada pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengadakan kempen 'Tak Nak' kepada Pengerusi Felda secara besar-besaran sebelum hari mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, pada 30 Januari ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, kempen 'Tak Nak' itu akan disertakan dengan tandatangan warga Felda dan memorandum sebagai membantah Isa sebagai pengerusi baru yang Felda. Tegasnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, kempen tersebut sudah bermula dan ia akan diserahkan kepada Perdana Menteri apabila beliau datang ke Dun Tenang tidak lama lagi. Mazlan menyifatkan ugutan itu Isa sebagai kasar dan menggugat masyarakat Felda yang harmoni.

"Isa telah tunjuk belangnya. Saya difahamkan dalam beberapa hari menjadi Pengerusi Felda dan dia telah berkali-kali memberi amaran kepada kakitangan Felda  yang berjumlah lebih kurang 23 ribu dan saya mendapat maklumat dari kakitangan Felda bosan dengan sikapnya itu," dedahnya kepada Harakah.

Katanya, tindakan Isa itu amat melampau dan kerana itulah, banyak pihak menentang pelantikannya sebagai Pengerusi Felda kerana reputasinya amat teruk apatah lagi pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah oleh partinya (Umno) sendiri.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan," tegas Pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsudeen kepada Harakah.

Beliau berkata hak setiap kakitangan Felda adalah untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang dipilih mereka adalah dijamin oleh perlembagaan. Menurut beliau, adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda kerana tindakan itu akan menyaksikan beliau diheret ke mahkamah. Herman menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

Katanya, skandal rasuah Isa ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat,  begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu. "Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?" soalnya.

Tiada ulasan: