KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 28, 2010

MB Kedah tidak akan tunduk bubar Dun, Pakatan Rakyat masih kuat! - Ustaz Azizan Razak

Dato' Seri Ustaz Azizan Razak enggan tunduk desakan Umno-BN

MENTERI Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak bertegas tidak akan tunduk dengan desakan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat Kedah masih kuat jika dibandingkan dengan BN yang hanya memiliki 15 kerusi termasuk mengharapkan sokongan Adun Lunas dan Bakar Arang yang telah meninggalkan Pakatan.

"Saya 'habaq' (beritahu) banyak kali dah. Saya adalah satu kerajaan yang kuat, majoriti kuat, persefahaman yang baik dan bertolak ansur. Kami 20 (kerusi), mereka 14, tinggal 13, satu terawang-awang (Kota Siputeh), campur dua nak masuk pula. Pasal apa saya nak bubar? Orang bubar tu orang gila. Saya tak gila, siuman lagi. Itu bukanlah jawapan dia, tak payah nak congak banyak-banyak," tegasnya ketika menjelaskan isu pembubaran Dun Kedah di Kompleks PAS Kedah, 22 Mei lalu.

Ustaz Azizan secara sinis turut menerangkan dengan terperinci kedudukan terkini kerusi Pakatan Rakyat dan BN di dalam dewan yang didakwanya masih kuat dan tidak langsung terjejas apabila dua daripada ahlinya meninggalkan parti dan menyokong pembangkang (BN).

"Yang lompat dah dua orang, Radhi dan Tan Wei Shu dah lompat, tapi kita ada lagi empat, nak beritahu wartawan untuk tulis elok-elok bilangan ini. Pastikan anda menulis dengan angka sebenar jumlah rakan-rakan saya, tiga KeADILan, satu DAP dan 16 PAS, jadi 20.

"Berapa yang tinggal pada BN? Cuma ada 15 kerusi, tak mungkin menang kalau 15 nak lawan dengan 20, matematik mana mereka belajar?" soalnya. Penjelasan itu sekaligus menolak spekulasi kononnya Dun Kedah akan dibubarkan berikutan desas-desus mengatakan ada beberapa Adun Pakatan Rakyat akan meninggalkan parti.

Tiada ulasan: