KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 25, 2010

BN makin gelabah jika ada Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau?

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lalu, kini dilaporkan kembali kritikal. Anggota Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat kira-kira pukul 6 pagi. Ekoran itu, banyak juga SMS yang saya terima bertanyakan kedudukan terkini Adun BN berkenaan. Ada pilihan raya kecillah lagi? Begitulah harap mereka. Nampak macam kurang adab, kurang ajar tetapi trend hari ini membuktikan SPR tidak akan mengadakan pilihan raya kecil selain dari seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia. SPR serik dengan PRK Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau.

"Saya dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang beliau tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat untuk diberi ubat. Saya difahamkan, kemungkinan beliau mengalami strok dan dia kini dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata anggota keluarga Zaharuddin diminta datang ke hospital oleh doktor yang merawatnya kerana beliau berada dalam keadaan koma, dan doktor turut memaklumkan bahawa keadaan jantung serta paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah, dan beliau memerlukan perhatian serius.

Zaharuddin dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada 3 April lalu untuk menjalani pembedahan ulser usus setelah mengadu sakit di bahagian perut sebelum dirujuk ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya.

Dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hasanudin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Dun ini mempunyai pengundi terdiri daripada 89 peratus Melayu; Cina 6 peratus, India 3.7 peratus dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Apapun, PAS Kawasan Kuala Krau mestilah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.Tiada salahnya PAS memperkukuhkan jentera pilihan raya, mengemaskan organisasi, memantapkan daftar pemilih dan memperkasakan dana. Andainya tiada PRK, ia upaya dibawa kekuatan ke PRU-13 tidak lama lagi.

Tiada ulasan: