KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mei 28, 2010

Tian Chua yakin Islam tidak mendera, malah keunikan PAS menjadikan Pakatan Rakyat berbeza dengan BN di negara ini!

Tarmizi bersama YB Tian Chua sebaik usai sesi wawancara Harakah, English Section dan Harakahdaily di Pejabat Editorial Harakah, 27 Mei lalu, lebih satu jam.

Tian Chua memperkatakan banyak isu tentang dalaman KeADILan, ketempangan pentadbiran Najib, soal masa depan Pakatan Rakyat dan persiapan menghadapi PRU-13.

TENGAHARI tadi, 27 Mei, kira-kira jam 12, saya bersama Rashidi Hassan, wartawan kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, wartawan English Section Harakah, Saidon Akashah dan wartawan Harakahdaily, Hazayani Zakaria menemubual Pengarah Strategik KeADILan yang juga Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua.

Sesi wawancara ini telah diadakan di Pejabat editorial Harakah, Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang atas undangan Harakah bagi membincangkan isu-isu panas khususnya pelbagai tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim, Ketua Umum KeADILan, isu-isu dalaman parti hingga mencetuskan "YB lompat" serta mengungkapkan masa depan Pakatan Rakyat menjelang dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Saya juga menjolok kotak minda beliau tentang sokongan orang-orang bukan Islam terhadap PAS dengan menubuhkan sayap baru, Dewan Himpunan Penyokong PAS hujung minggu lalu. Apa yang peliknya, orang Cina dan India yang berbeza bangsa, warna kulit dan agama sanggup bernaung di bawah PAS yang menjadikan dasar perjuangannya Islam. Ini yang menarik! Nanti saya paparkan ulasan tajam beliau dan sokongannya terhadap usaha murni PAS itu.

Tian Chua melihat perkembangan itu sebagai politik baru, dan yakin seperti mana yakinnya bangsa bukan Melayu bahawa Islam mampu memberikan keadilan kepada mereka, tidak menindas dan mendera. Di sinilah katanya, perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dengan BN. Parti DAP dan KeADILan terus berjuang untuk memberi keadilan sejagat, membuka keahlian kepada semua sama seperti "PAS For All". Tetapi BN, parti mereka hanya menjaga bangsa secara asobiyah seperti Umno jaga Melayu, MCA jaga Cina dan MIC jaga India.