KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 29, 2010

GAS berhimpun esok desak Samy Vellu undur, media beri liputan meluas macam dapat isyarat dari Putrajaya

Setelah muncul Gerakan Anti Samy (GAS) kini datang pula Gerakan Anti Mugilan (GAM) sedang bergasak dalam MIC

ESOK Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dipecat, Mugilan yang memimpin Gerakan Anti Samy (GAS) akan mengadakan himpunan aman. Katanya melalui Astro Awani, pihak polis sudah mmeberi keizinan dan akan mengawal perhimpunan itu. Media turut memberi liputan meluas terhadap GAS sejaka ianya ditubuhkan minggu lalu.

Ini mmeberi mesej jelas bahawa ada suis dari dalam Umno yang mahu Samy undur segera dengan memberi laluan aktiviti GAS. Apa yang dituduh anak Samy baru-baru ini, sebenarnya isi hati mereka yang tahu maklumat dalaman tentang hal itu. Maka tersemburlah juga, kerana tidak tahan Samy diperlakukan begitu rupa.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mendesaknya untuk mempercepatkan peralihan kuasa jawatan presiden MIC setelah beliau mengumumkan tarikh peralihan kuasa itu baru-baru ini.

"Saya sudah umum untuk melepaskan jawatan baru-baru ini...apa lagi mahu? Saya juga sudah tetapkan tarikh peralihan kuasa... apa lagi mahu? Kalau nak rosakkan nama parti... buat macam orang gila... kita nak sokong dia kah?," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen MIC Negeri Sembilan di Wisma MIC di Seremban hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, dua Naib Presiden - Datuk Dr Subramaniam dan Datuk S K Devamany - Setiausaha Agung, S Kurugesan, Bendahari, Datuk Jaspal Singh, Ketua Wanita MIC, Datin Paduka Komala dan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Sembilan Datuk T. Rajagopalu.

Samy Vellu mendakwa terdapat usaha sedang dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan pergolakan dalam parti dan menjadikan MIC tidak relevan lagi. Katanya pergolakan ini boleh melemahkan dan merugikan parti dan kerana itu MIC mesti kuat.

Tiada ulasan: