KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 25, 2010

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar akan sertai PAS?

Tamrin berjabat tangan dengan Mursyidul Am sambil diperhatikan Ibrahim Ali.

BENARKAH anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba akan menyertai PAS tidak lama lagi? Menurut sumber, Tamrin Ghafar yang dianggap "duri dalam daging" dalam Umno, akan memilih PAS sebagai wadah parti politiknya setelah turun padang berkempen membantu calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor, hujung bulan lalu.

Tamrin adalah bekas Ahli Parlimen Jasin, Melaka dan satu-satunya anak Tun Ghafar yang aktif dalam politik. Sebelum ini, beliau juga dilihat bersama-sama Kumpulan Darul Arqam yang diharamkan, berdakwah mengikut Abuya Ashaari Muhamad.

Saya pada mulanya terkejut, mengapa tidak melompat ke PKR? Namun kata sumber itu, Tamrin lebih berminat bersama PAS. Apapun, saya tidak berani mengesahkannya lagi, sama-samalah kita tungu dan berdoa agar anak Tun Ghafar itu berjuang bersama-sama kita dalam Pakatan Rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks in favor of shaгing such a nіce thought, piece
of writing іs goοԁ, thats why i have read it entirely

Rеviеw my pаge: payday loans