KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Oktober 28, 2010

PRK Dun Galas >> Calon PAS ajak calon BN berlumba lari atau tarik tali di Galas


CALON PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed tidak berkecil hati dengan ejekan kem BN mengenai fizikalnya yang agak gemuk, tetapi melihat perkara itu dengan berlapang dada. Malah, secara berjenaka juga beliau menyatakan kesudiannya untuk bertanding dengan calon BN Abdul AzizYusof – sama ada dalam lumba lari ataupun tarik tali.

Beliau juga berkata demikian dalam semangat “perlawanan persahabatan” yang dianjurkan BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas kali ini. Keadaan “perlawanan persahabatan” ini dapat dilihat melalui suasana kempen yang masuk hari ketiga hari ini, lapor  Malaysiakini sebentar tadi.

Diperhatikan, kempen di Galas berlangsung dengan sederhana dan agak tenteram. Walaupun bendera parti sudah banyak dipasang di sekitar kawasan tumpuan pengundi, poster bagi calon yang bertanding tidak banyak yang dilihat.

Tiada ulasan: