KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Oktober 19, 2010

Godaman DrafKL 2020: Pakatan Rakyat akan bangkitkan isu Kampung Warisan di parlimen - Salahuddin Ayub

Salahuddin berjanji akan memperjuangkan isu Kampung Warisan ini dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Puisi  'Orang Tua Dari Sejarah' dideklamasikan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said mencuit hati hadirin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS, Ustaz Dr Ali Jamil wakil PAS Wilayah Persekutuan (kiri) dan wakil Ahli Parlimen Batu, Mohd Kamil (berbaju Melayu biru) serta YB Wee Choo Keong (kanan) turut menyatakan sokongan padu.

Muzik tradisi dialunkan penuh syahdu oleh anak-anak muda dengan lagu 'Aladom'.

'Pulut Kuning' diunjuk Ishak kepada para tetamu sejurus upacara memotong 'Pulut Kuning' selesai sebagai simbolik kejayaan.

Pensyarah Bahasa Melayu Universiti Malaya warga Russia, Dr Peter Porgade menggamatkan majlis dengan mendeklamasikan puisi "Kampung Paya" dan "Hari Raya" dalam bahasa Rusia.

BAGI mempertahankan ketujuh-tujuh kampung tersebut, Ahli Parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub akan terus membawa isu ini ke sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Peristiharan Kampung Warisan dekat sini, beliau bersama ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat akan memperjuangkan hak pemilik tanah dan warisan sebagai sesuatu yang penting buat negara.

"Isu warisan tidak lagi dilihat secara terpinggir. Di kebanyakan negara, ia sudah diperjuangkan secara serius. Malah ia diiktiraf oleh PBB. Jadi, pada sidang parlimen kali ini, isu ini akan kami bangkitkankan," tegas beliau.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut  menyokong langkah Pengerusi Muafakat mengistiharkan ke tujuh-tujuh kampung berkenaan sebagai 'Kampung Warisan'.

Majlis pada pagi itu, turut digamat apabila mendengar deklamasi puisi dalam bahasa Rusia karya Dr Siti Zainon Ismail yang berjudul 'Kampung Paya' dan 'Hari Raya' oleh pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Malaya, Dr Peter Porgade, seorang warna Rusia.

Dalam ucapannya, beliau turut menyokong Muafakat memperjuangkan 'Kampung Warisan' dan sangat kagum dengan nilai-nilai warisan serta budaya di negara ini.

Dialek bahasa Rusia yang pertama kali didendangkan, kaya dengan pelbagai intonasi dan sajak itu kelihatan hidup, walaupun hadirin tidak memahaminya. 

Puisi  'Orang Tua Dari Sejarah' yang dideklamasikan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said mencuit hati hadirin yang ternanti-nanti tiupan semangat juang mempertahankan tanah pusaka bangsa itu.

Penyajak terkenal, Pyan Habib berjaya menghiburkan hadirin dengan puisi yang bertajuk 'Aku Anak YB'. Gelagatnya yang  bersahaja, dengan gaya sebutan bahasanya yang tersendiri memikat dan menusuk jiwa pendengar dengan bait-bait puisinya yang penuh dengan sindiran tajam.

Persembahan anak-anak kampung dari Kumpulan Akaba yang mendendangkan karya tulisan Dr. Siti Zainon Ismail 'Kami Waris Kampung Bandar Dalam' sangat meruntuh jiwa.

"Pembangunan kerap disalah erti. Perancang kota mencack jerejak. Atap rabung, tiang dan dinding kayu harus diganti. Tetapi kenapa harus berdiri tinggi bagai rumah merpati?" alunan mereka.

Di laman madrasah tersebut dipamerkan model-model kampung warisan hasil rekaan pelajar Fakulti Seni Bina UIAM yang dijangka akan direalisasikan setelah mendapat persetujuan kerajaan nanti.

Biarpun hujan seketika, namun paluan kompang dan tembakan meriam berdas-das terus memeriahkan majlis .

Meminjam sejambak kata Dr Siti Zainon yang tercatat dalam buku 150 tahun Kampung Bandar Dalam, yang berbunyi: "Kasih bukan buatan, tidak hanya sanjungan. Demi matahari, bulan dan bumi ciptaan-Nya, juga akal sihat anugerah Ilahi. Jangan kalian palsukan kasih tanah sejengkal waris kehidupan. Kenapa alah oleh serakah!" 

Tiada ulasan: