KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 23, 2010

PAS Batu dengan kerjasama Bilik Berita Harakah anjur korban

PAS Kawasan Batu dengan kerjasama Bilik Berita Harakah mempelawa umat Islam di negara ini untuk menyertai ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini dengan harga hanya RM320 untuk satu bahagian.

Demikian dimaklumkan Bendahari PAS Batu, Rosden Yassin yang mengalu-ngalukan sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi atau SMS beliau pada talian 019-2310109 bagi tujuan pendaftaran atau mendapatkan maklumat lanjut.

Katanya, harga tersebut adalah yang termurah berbanding kadar biasa RM350 malah ada yang mencecah RM400 untuk satu bahagian. Bayaran hendaklah dimasukkan ke akaun PAS Kawasan Batu (12113010000551).

Tarikh tutup penyertaan selewat-lewatnya 10 November ini bagi memudahkan urusan. Nyatakan jumlah wang yang dimasukkan beserta maklumat lanjut peserta yang terlibat - nama, nombor kad pengenalan, emel atau no telefon untuk tujuan audit.

Tiada ulasan: