KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Oktober 17, 2010

Untuk pertahan kuasa Umno-BN: NUJ mahu KDN hentikan usaha kekang media


Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menghentikan segala  tindakan untuk melaksanakan garis panduan media kerana tertalu banyak undang-undang yang mengekang  serta mengongkong kebebasan media dan wartawan daripada melaksanakan tugas dengan telus, jujur dan bebas.

Presiden Kesatuan Wartawan Semenanjung (NUJ), Hata Wahari  (gambar poskad di atas) dukacita dengan keputusan yang dibuat KDN itu tanpa merujuk kepada mana-mana pihak yang mewakili media.

Hata turut menyifatkan tindakan kementerian tersebut tidak adil kepada semua pihak terlibat dengan media terutama golongan wartawan kerana akta yang sedia ada seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Hasutan yang cukup terkenal mengongkong tugas wartawan sebagai pelapor berita masih digunakan secara tegar.

"Perbincangan menyeluruh seharusnya dilakukan terlebih dahulu dengan mereka yang terlibat dalam bidang media termasuk kesatuan yang mewakili wartawan seperti NUJ dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ)," tegas beliau ketika dihubungi Harakah.

Garis panduan yang sedang dirangka Jabatan Peguam Negara ini juga katanya akan tambah membebankan wartawan kerana sebelum ini industri penerbitan telah dibebankan dengan pelbagai undang-undang.

Justeru kata Hata, Mesyuarat Exco NUJ telah memutuskan untuk menghantar sepucuk surat kepada KDN bagi mengadakan satu perbincangan khusus mengenai garis panduan media yang dimaksudkan.

Baru-baru ini Jabatan Peguam Negara sedang merangka penyediaan garis panduan media yang lebih menyeluruh bagi membantu pengamal media untuk membuat laporan secara lebih positif tanpa menjejaskan amalan kebebasan media di negara ini.

“Kerajaan mengambil langkah-langkah ini semata-mata bagi memastikan amalan media di negara ini bersih dari elemen hasutan, fitnah, tohmahan dan perkara negatif perhadap pembangunan negara dan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2009 anjuran Institut Akhbar Malaysia (IAM) di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Hishammuddin berkata garis panduan itu juga penting kepada kementeriannya sebagai panduan tindakan undang-undang kepada mereka yang sengaja menggugat ketenteraman awam.

Hishammuddin juga berkata ia bagi membantu media tempatan dalam membuat laporan yang lebih bertanggungjawab berkaitan pembangunan rakyat, sebuah jawatankuasa pengukuhan strategi komunikasi kerajaan ditubuhkan, yang juga berperanan memantau kesemua penerbitan akhbar dalam setiap bahasa.

Dalam manifesto Hata Wahari ketika bertanding merebut jawatan Presiden NUJ, beliau menyenaraikan beberapa matlamat yang ingin dicapainya dalam tempoh jawatannya.

Antaranya mendesak kerajaan untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; mendesak kerajaan menetapkan garis panduan kepada media berhubung isu agama dan perkauman serta  mendesak kerajaan untuk memansuhkan peraturan pembaharuan permit setiap tahun.

Tiada ulasan: