Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu. Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu.
Boleh Dr ceritakan kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Dato' Seri najib Tun Razak terhadap defisit negara?
DR ROSLI YAAKUB: Bajet 2013 adalah bajet di mana perbelanjaan melebihi hasil. Ini bermakna Bajet 2013 adalah bajet yang juga akan mengalami defisit. Ini adalah defisit yang ke 14. Defisit kita telah berterusan selama 14 tahun dan tentunya ini merupakan bajet yang tidak berhemat. Akibat daripada defisit yang berpanjangan, hutang negara juga semakin meningkat kerana kerajaan telah meminjam sumber daripada dalam negeri dan luar negeri untuk menampung defisit setiap tahun. Hutang Malaysia telah melebihi RM 500 bilion dan diangka akan naik lagi.
Piawaian antarabangsa meletakkan bahawa nisbah hutang negara pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang melebihi 55 peratus menunjukkan bahawa keadaan sesebuah negara itu tidak baik dan berada pada paras bahaya. Hutang negara kita dah sampai ke paras bahaya dan sudah sampai masanya bagi kerajaan mengurus perbelanjaan dan pendapatan dengan lebih berhemat supaya tidak terjebak dengan keadaan berhutang yang tinggi dan melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Itu akan meletakkan negara kita dalam keadaan bahaya seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan Greek, Itali dan Ireland. Ini kerana mereka terpaksa di bailout oleh Euoropean Union.
Apa tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan hutang negara...
Jika kita lihat belanjawan dan hutang negara dalam dua, empat hingga enam tahun lepas defisit negara kita semuanya negatif. Akibat daripada defisit itu menyebabkan hutang negara kita diukur daripada nisbah hutang negara kepada KDNK naik daripada 42.7 dalam tahun 2007 kepada 42.8 pada 2008, 55.4 pada 2009 iaitu mencapai paras bahaya. Pada 2010, 55.4 juga paras bahaya dan pada 2011 telah meningkat kepada 56. 6 peratus dan dijangka akan meningkat lagi pada 2012 ini menjadi 57.5 peratus. Paras hutang kita memang dalam keadaan bahaya malah diunjurkan oleh IMF kadar hutang negara akan mencecah 61 peratus pada tahun 2016. Kalau termasuk guarantee dan contingent liabilities, yang mana pada 2011 jika 117 billion, nisbah hutang negara kepada KDNK telah mencecah kepada 67 peratus, di paras bahaya.
Adakah tiada langkah langsung mengurang defisit dalam Bajet 2013 yang lalu?
Sepatutnya dalam membentangkan bajet 2013, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan bajet defisit dalam kerangka masa yang ditetapkan supaya belanajawan negara dapat diimbangkan di mana hasil dapat menampung perbelanjaan dan mengemukakan langkah jangka sederhana dan jangka panjang bagi mengurangkan hutang negara. Itu sepatutnya ada dalam Bajet 2013 kerana hutang negara sudah sampai ke peringkat kritikal. Tetapi ini tidak dibentangkan dalam Bajet 2013.
Maknanya cara kerajaan hendak mengurangkan defisit akhirnya mencapai belanjawan seimbang dan langkah-langkah kerajaan patut ambil untuk mengurangkan hutang negara semuanya tidak terkandung dalam Bajet 2013. Perkara ini amat kita kesalkan. Ini melambangkan bahawa kerajaan yang ada terus menguruskan negara dalam keadaan tidak berhemat dan tidak bertanggung jawab serta tidak mempunyai vision langsung. Kerja dia belanja... belanja...hutang... hutang... dan tidak tahu bila nak kurangkan belanja dan kurangkan hutang.
Dalam Bajet 2013 itu juga banyak dilihat tawaran politik "one off". Mungkin ini satu langkah yang wajar?
Bajet 2013 ini saya lihat adalah adik kembar kepada Bajet 2012. Butir-butir perbelanjaannya serupa. Dan bezanya hanya Bajet 2013 ini lebih besar daripada 2012. Dan lebih banyak mengandungi bayaran "one off". Dan jumlahnya juga lebih besar daripada 2012. Saya boleh berikan angka di sini. Saya sudah kira jumlah pemberian "one off payment" pada Bajet 2013 dan saya dapati jumlah bayaran sekali ini berjumlah RM 3.889 bilion.
Berapa peruntukan untuk anak muda sahaja?
Anak muda berumur 21 tahun hingga 30 tahun yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang membeli smartphone diberi ribat sebanyak RM200 seorang. Di sana ada kira-kira sejumlah 1.5 juta orang anak muda dalam kategori ini. Dan jumlah ribat yang kerajaan terpaksa tanggung ialah RM300 juta. BR1M diulang lagi dengan nama baru "BR1M 2.0". Ini macam tajuk 'Bersih'. Setiap ketua isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah diberi RM500 tunai. Dalam BR1M 2.0 pemberian yang sama diulang (RM500) dan ditambah pula dengan pemberian tunai RM250 kepada warga bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Ini termasuklah duda, janda, penagih dadah, mat rempit. Orang tidak bekerja... Jumlah wang yang ditabur untuk membeli undi golongan ini berjumlah RM2.5 bilion. BR1M2.0 membawa manfaat kepada kira-kira 6 juta orang.
Selain itu, "one off payment" juga diberi kepada bekas tentera tidak berpencen. Ini macam mana?
Antara manfaat yang ditawarkan ialah anggota tentera dalam kumpulan servicemen berpeluang (jika memenuhi syarat) naik pangkat daripada prebet ke lans korperal dan lans korperal ke korperal dalam masa lapan tahun. Dalam sistem sekarang, seseorang anggota berkemungkinan kekal prebet sampai pencen. Pembaikan ini melibatkan belanja RM107 juta untuk 78,123 anggota tentera. Selain daripada itu, semua anggota tentera ,125,708 orang akan diberi elaun insentif khas RM200 sebulan melibatkan perbelanjaan RM301 juta.
Elaun perkhidmatan anggota tentera rizab Wataniah, rizab tentera laut dan rizab tentera udara pula dinaikkan daripada RM4.00 sejam ke RM6.00 sejam (anggota biasa) dan daripada RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam (pegawai) memberi manfaat kepada 65,000 anggota. Ini ditambah lagi dengan one-off payment kepada 224,000 anggota tentera yang berhenti awal dan tidak berpencen (servis tidak cukup 25 tahun) melibatkan perbelanjaan RM224 juta. Juga, kesemua anggota angkatan tentera dan polis yang masih berkhidmat (242,000 orang) diberikan perlindungan insurans berkelompok dengan manfaat maksimum RM 15,000, melibatkan perbelanjaan (bayaran premium) RM12 juta.
Pelajar sekolah rendah dan menengah juga dapat tawatan "one off"...
Dalam bajet 2012, pelajar sekolah rendah dan menengah di beri elaun persekolahan RM100. Bayaran "one-off" ini diteruskan dalam Bajet 2013. Seramai 5.4 juta orang pelajar akan menikmati bayaran ini melibatkan jumlah perbelanjaan RM540 juta. Ini pemberian yang membazir dan langsung "tak kena pada tempatnya" kerana cucu Lim Goh Tong, taukeh judi terkaya di Malaysia pun dapat dan cucu tukang sapu jalan, pekerja termiskin di Malaysia pun dapat.
Berapa pula perbelanjaan "one off" untuk pelajar IPT?
Bayaran one-off voucher buku 1Malaysia diteruskan dalam tahun 2013 dengan jumlahnya dinaikkan daripada RM 200 ke RM 250 untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pelajar pra universiti. Seramai 1.3 juta pelajar akan menikmati kemudahan ini. Dan jumlah perbelanjaannya RM325 juta. Ini juga tidak ekuitabel kerana tidak berasaskan need-base. Ini semua dapat. Cucu Ananda Krishna pun dapat... anak tukang sapu sampah pun dapat. Sepatutnya peruntukan RM325 juta itu diagihkan kepada pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Ini memang satu pemberian yang boleh dipersoalkan dan tidak saksama.
Nampaknya pemberian "one off" ini ada motif dan agenda di sebaliknya?
Amat jelas pemberian ini untuk beli undi anak muda. Beli undi orang kampung. Beli undi pekerja berpendapatan rendah. Beli undi anak muda yang pertama kali hendak mengundi. Ini kerana sifatnya sekali sahaja. Ia menunjukkan cara kerajaan nak beli undi orang muda.
6 ulasan:
Vегу eneгgetiс аrticle,
I enјoуed that a lot. Will therе bе а part 2?
Alѕо ѵіsіt my blog
post: payday loans
Hеllo there, I ԁo thіnk your website
mау be having іnternet broωser compatibilіty issues.
Whenever I take а look at your web site in Ѕаfari,
it looκs fine hοwever when oρening in
IΕ, it's got some overlapping issues. I simply wanted to give you a quick heads up! Aside from that, great blog!
Also visit my web site: payday loans
Ηеllο there, I ԁo think your websitе may
be having inteгnet browser compatіbіlitу issuеs.
Whеnever I tаκe a look at your web sitе in Safаri, it lookѕ fine however when opеnіng in IE,
it's got some overlapping issues. I simply wanted to give you a quick heads up! Aside from that, great blog!
My web blog ... payday loans
You actuallу make it appeаr really еasy togetheг wіth your рresentation
but I to find this toρic to be rеallу
something whіch I feel I might by no means undеrstand.
It seems toο cοmρlex and extгemely extenѕіve
for me. I am having a look ahead on youг subsequent publiѕh,
I will try to gеt thе cling of it!
Hеre іѕ my page: payday loans
I was wondering if you ever considered changing the structure of your blog?
Its very well written; I love what youve got to say.
But maybe you could a little more in the way of content
so people could connect with it better. Youve got
an awful lot of text for only having one or 2 images. Maybe you could space it
out better?
Stop by my page - website
Thanks so much for giving everyone an extraordinarily
splendid possiblity to check tips from this web site.
It's always very good and also stuffed with a lot of fun for me and my office friends to visit your blog at the least thrice in 7 days to find out the latest stuff you have got. Of course, I'm actually happy considering the mind-blowing tactics you give.
Certain 2 points on this page are indeed the very best I've ever had.
Also visit my blog post -
Catat Ulasan