KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Oktober 16, 2012

Tahaluf siasi tiada cacatnya, PAS-DAP belum berbeza pendapat pada isu dasar


 

KUALA LUMPUR: PAS dan DAP secara keseluruhannya belum pernah berbeza pendapat dalam perkara yang besar dan konsep tahaluf siasi yang digunapakai berjalan lancar, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Beliau berkata, sepanjang bekerjasama dengan DAP, parti itu tidak pernah mempersoal dasar dan prinsip Islam yang didokong PAS selama ini. Namun katanya, soal segelintir pimpinan DAP yang berbeza pendapat dalam perkara tertentu, ia merupakan perkara biasa bagi orang bukan Islam dan Islam tidak memaksa mereka menerima dasar dan prinsip Islam.

"Dalam tahaluf siasi PAS dengan DAP, tak ada perkara besar yang kita berbeza pendapat dan tak bersetuju antara satu sama lain. "Soal beberapa pemimpin DAP tak setuju dengan beberapa dasar dan perjuangan PAS, itu perkara biasa sebab mereka bukan Islam dan Islam tidak memaksa orang bukan Islam menerima ajaran Islam," kata beliau ketika dihubungi Harakah, 12 Oktober lalu.

Sambil memberikan sokongan kepada kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa DAP tidak pernah mengganggu perjuangan PAS, Ustaz Tuan Ibrahim berkata, ia dapat dibuktikan apabila sudah lebih sepuluh tahun PAS bekerjasama dengan parti itu.

"Walaupun DAP tahu perjuangan PAS ialah Islam, tapi kita berjaya bekerjasama sejak 1999 lagi dalam Barisan Alternatif (BA)," katanya. "Kepada pihak tertentu, khususnya ahli PAS sendiri, kalau ada tak puas hati dengan dasar dan prinsip yang didokong PAS, utarakan kepada Majlis Syura Ulama. Kita ada ulama muktabar. "Kalau ada perbezaan melibatkan dasar dan prinsip parti yang bercanggah dengan syarak, mesti awal-awal lagi Majlis Syura Ulama dah bantah," tegasnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I comment when I especially enjoy a post on
a website or I have something to add to the conversation.
It is triggered by the fire communicated in the article I browsed.

And after this post "Tahaluf siasi tiada cacatnya, PAS-DAP belum berbeza pendapat pada isu dasar".
I was moved enough to write a leave a responsea response :
-P I actually do have some questions for you if you don't mind. Could it be simply me or do some of these responses come across like they are written by brain dead individuals? :-P And, if you are writing on other online social sites, I'd like to follow
anything fresh you have to post. Would you list every one of all your social pages like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?

Tanpa Nama berkata...

I seldom leave remarks, however i did a few searching and
wound up here "Tahaluf siasi tiada cacatnya, PAS-DAP belum berbeza pendapat pada isu dasar".
And I actually do have a couple of questions for you if it's allright. Could it be only me or does it look as if like a few of these responses appear as if they are coming from brain dead people? :-P And, if you are writing at other social sites, I would like to follow everything fresh you have to post. Would you list of all of all your social sites like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?

my web blog ... pinpoint-faraday.org.uk