BANDAR BARU SENTUL: PAS Kawasan Batu membidas sikap tidak prihatin Kerajaan Umno-BN yang tidak menepati janji untuk membina Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Perak, dekat sini, yang kini sudah berusia lebih 25 tahun beroperasi di bawah Flat DBKL. Menurut Setiausahanya, Dato' Ismail Yahya, pada tahun 2007 projek yang sepatutnya sudah bermula, papan tanda projek pun sudah dinaikkan, akhirnya dibatalkan setelah BN kalah teruk dalam PRU-12 tahun berikutnya.
"PAS sudah menghantar memoranduk kepada Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan. Beberapa ahli parlimen PAS juga pernah melawat sekolah di bawah kolong ini pada hujung tahun 2008," tegas beliau kepada blog Sanggahtoksago.
Sejak 25 tahun lalu, Kerajaan Umno-BN menjadikan lantai bawah empat blok Flat DBKL Sri Perak di Bandar Baru Sentul sebagai premis sekolah. Dengan persekitaran yang tidak harmonis, bising, bau sampah dan keselamatan yang sukar dipantau, Kerajaan Umno-BN masih berdolak-dalik untuk membina sekolah ini.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, hujung tahun lalu, sekali lagi papan tanda projek tanpa nombor permit, tanpa nombor lesen dinaikan bagi mengaburi mata penduduk serta bangunan kantin diroboh bagi memulakan projek. Namun, tegasnya, sehingga kini, tapak projek dinaiki lalang dan tiada sebarang tanda-tanda projek sekolah berkenaan akan dibina.
PAS Batu katanya, mendesak Kerajaan Umno-BN mengotakan janji untuk membina sekolah ini demi anak-anak penduduk kawasa ini khauussnya orang Melayu yang dahagakan persekitaran sekolah yang harmonis dan mengikut piawaian.
1 ulasan:
I have bеen surfing online grеater than 3 hοurs
these dayѕ, but I by no means discoverеd any attentіon-grabbing
аrticle like youгs. It's beautiful worth sufficient for me. In my view, if all web owners and bloggers made just right content material as you probably did, the web will probably be a lot more helpful than ever before.
Look into my homepage :: Blu E Cig Review
Catat Ulasan