KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 06, 2012

Konspirasi Ghani, Najib rampas tanah penduduk Pengerang. Apa macam?


Pakatan Rakyat mendedahkan wujud konspirasi antara Menteri Besar Johor, Dato' Ghani Othman dan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di sebalik Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor. Menurut Naib Presidennya, Dato' Dr Chua Jui Meng, Ghani dan Najib sengaja merampas tanah penduduk seluas 22,500 ekar menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, bertujuan membolot sebahagian tanah tersebut untuk diagih kepada kroni mereka.

"Berdasarkan pemerolehan tanah secara besar-besaran ini, kerajaan negeri membeli tanah tersebut dengan harga murah, kemudian diagih kepada syarikat kroni. Selepas status tanah ditukar daripada pertanian kepada pembangunan, harga tanah tersebut akan melambung sehingga 100 peratus. Ini adalah taktik yang diguna Ghani dan Najib sekaligus menguntungkan mereka dan kroni Umno-BN," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KeADILan tengah hari, 4 Oktober lalu.

Jui Meng berkata, projek Rapid telah beroperasi di Taiwan selama 52 tahun dan ia dikendali oleh syarikat China Petroleum Corporation (CPC) dan Kuo Kuong Corporation. Katanya, Presiden Baru Taiwan, Ma Ying-Jeou tidak meneruskan lesen tersebut selepas menerima tentangan daripada rakyatnya. Jelasnya lagi, CPC dan Kuo Kuong bersama satu syarikat tempatan Everwish Sdn Bhd kemudiannya memohon untuk meneruskan projek itu di Pulau Indah, Selangor.

Jui Meng berkata, selepas Selangor menolak permohonan tersebut, CPC dan Kuo Kuong memohon kepada Petronas untuk meneruskan projek Rapid di Malaysia. Najib yang juga Pengerusi Petronas, tanpa berfikir panjang menerima projek itu dan mengisytihar ia akan dibangunkan di Pengerang dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.

Menurut Jui Meng, ketika cadangan projek itu di Pulau Indah, CPC dan Kuo Kuong memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar. Beliau berkata, berbeza di Johor, kerajaan negeri sewenang-wenang merampas tanah seluas 22,500 ekar dengan niat membolot sebahagian tanah dengan harga yang murah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

What's up, for all time i used to check weblog posts here in the early hours in the morning, because i enjoy to learn more and more.
Feel free to visit my web blog ; http://sb1.fastmogul.com/14393/blu-cigs-and-their-competitors-buying-the-correct-item/