KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 06, 2012

Gempar! NGO Umno lempar penyodok, Wat Siam bagi "pokok duit" untuk bina Lebuh Raya Rakyat


Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap Projek Lebuh Raya Rakyat, sebanyak 32 wat Siam di Kelantan bertindak mengumpul dana untuk sama-sama menjaya pembinaan prasarana tersebut. Hari ini mencatat satu lagi sejarah apabila wakil wat-wat Buddha terbabit menyerahkan "pokok duit" yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wang yang diterima, digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan, terdiri daripada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1. Wat Machimaran, Kg. Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma "pokok duit" bernilai RM2,000.

Pada Jun lalu, NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran terhadap Projek Lebuh Raya Rakyat. Sebaliknya, wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu kerajaan membina lebuh raya tersebut, selepas disisih oleh Kerajaan Pusat sejak tahun 1986. Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran bertanya, jika Kerajaan Kelantan tidak ada duit, macam mana hendak buat jalan? 

"Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz). Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia cakap ada isi," tegasnya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Lebuh Raya Rakyat di Wat Machimaran, dekat sini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu pembinaan Lebuh Raya Rakyat. "Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan Projek Lebuh Raya Rakyat. Namun, hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan Kerajaan Kelantan membina lebuh raya tersebut selepas di ketepikan Kerajaan Pusat," katanya.

Hadir sama anggota-anggota Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa; Dato' Annuar Tan Abdullah; Dato' Abdul Fattah Mahmood; Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalaman dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada Kerajaan Negeri sebelum ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Great blog here! Also your web site loads up very fast!
What host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
I wish my site loaded up as fast as yours lol

my web-site; www.bettingsites10.com