KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Oktober 16, 2012

Sebetulnya undi BN undi Soros, Mahathir-Najib alih helah pekena Pakatan Rakyat



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mendakwa, sesiapa yang mengundi Umno-BN dalam PRU-13 akan datang, samalah dengan memberi undi kepada George Soros dan syaitan. Beliau membidas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang mengaitkan sesiapa yang mengundi Pakatan Rakyat samalah mengundi penyangak matawang Yahudi itu.

Mengulas pertemuan Najib Tun Razak dengan Soros pada 27 September 2010 di Hotel Plaza, Manhattan di New York sebelum pemimpin tertinggi Umno-BN itu, beliau menyifatkan Umno-BN sudah lama menjalin hubungan dengan Yahudi dalam mencorakkan dasar-dasar negara. Najib mengadakan pertemuan dengan Soros sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Dulu zaman Mahathir, sebuah syarikat pengiklanan milik Yahudi telah dilantik sebagai konsultan untuk kempen pilihanraya. Tradisi Umno-BN yang bergayut dengan Yahudi disambung Najib apabila mengambil APCO sebagai penasihat untuk pulihkan imej partinya," dedah Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi kepada Harakah.

Katanya, Umno-BN mengikut apa sahaja saranan APCO dan ini membuktikan kepada rakyat, mereka sebenarnya ada hubungan baik dengan gerakan Zionis antarabangsa. Mahfuz menegaskan, Mahathir akan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kemudiannya hanya akan mengaibkan lagi Umno-BN di bawah kepimpinan Najib. Beliau bagaimanapun, yakin tindakan Mahathir itu menguntungkan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: