KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 06, 2012

Gempar: Penyelewengan dalam Persatuan Bekas Polis dibongkar, orang politik jadi dalang


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, sebuah syarikat perantara menerima 40 peratus komisyen daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia yang menerima Geran Bantuan Kebajikan Perdana Menteri Malaysia bernilai RM500,000. Syarikat perantara tersebut, KT Solution Enterprise didakwa mempunyai kaitan dengan Presiden MCA, Dato' Chua Soi Lek yang menjadi orang tengah di antara persatuan tersebut dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan geran bantuan.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya mempunyai dokumen menunjukkan wujud pertemuan di antara pemimpin persatuan tersebut dengan Soi Lek. "SAMM telah membuat laporan SPRM di Pulau Pinang berhubung dakwaan ini, namun belum ada sebarang tindakan diambil. Sebanyak 40 peratus komisyen ini bernilai RM200,000," kata beliau kepada Harakah.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, pasukan carian maklumat lanjut dibentuk untuk menyiasat perkara ini juga menemui beberapa lagi kes berkaitan kehilangan wang rakyat menerusi persatuan ini.

"Wujud juga laporan polis berkaitan kehilangan peruntukan sekitar RM600,000 ribu ringgit, tanah, pasir dan seumpamanya. Malah laporan polis oleh individu yang dikenali sebagai bapa mertua Yang Di Pertua Dewan Rakyat juga wujud mengadukan hal kehilangan dan penyelewengan. Laporan polis dibuat oleh Yusof Hamdan Diego atau Joseph Diego," katanya lagi.

Menyentuh mengenai syarikat tersebut, Chegu Bard berkata, berdasarkan pendaftaran syarikat bertaraf enterprise ini sepatutnya melakukan perniagaan membekal, membaiki komputer, membekal alat ganti serta pengurusan pekerja. "Maka muncul persoalan dari pendaftaran tersebut di manakah hak syarikat itu mengutip komisyen? Apakah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM)  tidak tahu perkara ini?" tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Persatuan Bekas Polis Malaysia juga menghadapi kemelut yang teruk malah melibatkan aduan SPRM dan aduan kepada pendaftar pertubuhan telah dilakukan. Namun katanya, persatuan yang turut dibarisi orang ternama seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussien sebagai penasihat terus dibiarkan tanpa disiasat.

"Dato' Seri Rais Yatim juga tersenarai sebagai penasihat tabung kebajikan iaitu tabung yang diseleweng dengan membayar komisyen orang tengah. Adakah mereka ini sekadar meletakkan nama atas kepentingan politik semata-mata? Dato'  Wan Junaidi juga tersenarai sebagai Naib Presidennya," dedahnya lagi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanκs for your personаl mаrvelous ρosting!
Ι actuallу enjoyeԁ reаdіng it, you can be a great
аuthor.I wіll ensure that I booκmark уour blog anԁ may
come bаck in the forеseеаble future.
I want to encourage you to contіnue уour great
ωork, have a nice hοlidаy weekend!
my webpage :: Blucig

5689 berkata...

zzzzz2018.8.13
dsquared2
nike outlet
christian louboutin shoes
longchamp handbags
ugg boots
lacoste outlet
valentino shoes
ralph lauren outlet
pandora
cheap jordans

Unknown berkata...

imp source Gucci Dolabuy cet article réplique gucci Allez ici https://www.dolabuy.ru/