KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Oktober 10, 2012

Benarkah Melayu tak dominan dalam Pakatan Rakyat? Jadi macam mana?


Pemimpin Umno pun ramai yang tidak puashati dengan BN. Isu PAS-DAP sengaja diputar-belit untuk takutkan orang Melayu. Umno bimbang, Melayu kuat di bawah PAS dengan dokongan orang bukan Melayu DAP dan KeADILan. Maka serangan dilancar. Hakikatnya rakyat sudah menolak BN. Ikuti wawancara eksklusif AHMAD LUTFI OTHMAN, TARMIZI MOHD JAM dan NYZA AYOB bersama anak negarawan Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar di Pejabat Harakah 21 Sept lalu. Foto NASIR SUDIN
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"Penceramah BN dakwa ada maklumat sulit, sekiranya Pakatan memerintah, Cina berkuasa, Raja-raja akan dibuang. Hak orang Melayu dihakis. Negara ini akan jadi republik."

TAMRIN TUN GHAFAR
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain kebimbangan tadi, bilangan Melayu lagi besar dalam BN. Tidak nampak parti Melayu yang lebih dominan dalam Pakatan Rakyat. Apakah keraguan ini, Pakatan Rakyat dapat mewakili Melayu?

Dia kena fikir walaupun Umno wakil yang terbanyak dalam parlimen, tapi Umno itu sendiri tidak boleh tubuh kerajaan tanpa kerjasama orang lain. Jika kita tengok dalam BN, ada 13-14 komponen. Bila-bila masa nyawa Najib di hujung tanduk. Kalau kita tengok bawah Anwar siapa? Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Barulah Lim Guan Eng. Berbalik pada soalan, apakah Umno mewakili Melayu... Saya rasa kali ini, kita kena ingat selama 55 tahun selepas merdeka, orang Melayu luar bandar di "brain wash" dengan cerita-cerita...TV1, TV2, TV3, Al Hijrah juga...surat khabar hari-hari. 
Pegawai kerajaan digunakan dan ditakut-takutkan. Contohnya taktik lama tapi diperbaharui, pegawai polis dapat "trace" di Kedah, bagi ceramah pada guru sekolah kononnya mereka ada maklumat sulit, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Cina akan memerintah. Raja-raja akan dibuang. Hak orang Melayu dihakis. Negara ini akan jadi republik. Agama Kristian akan dinaikkan sama rata dengan Islam. Semua ini sedang dijalankan oleh kerajaan melalui polis, askar, JASA, Kemas, Penerangan. Saya dimaklumkan dulu PAS kalau nak berceramah di kawasan Felda, memang "no entry". Sekarang ini, di kampung-kampung juga telah terbuka. Ramai yang keluar. Tapi kita kena pertingkatkan kempen kita. Penjelasan perlu dibuat dari masa ke semasa. Harakah memainkan peranan walaupun terbit seminggu dua kali. Harakahdaily juga penting. 

Media baharu masih berkesan...

Iya ia tetap berkesan. Dua tiga hari lepas di Bangsar,saya didatangi anak muda yang nampak terpelajar. Dia tegur saya dan mengucapkan tahniah kerana saya menyertai PAS. Saya terperanjat dan tanya kembali, bagaimana kenal saya? Dia kata mengenali saya dalam internet. Dia juga memberi keyakinan 90 peratus daripada rakan-rakannya tidak menyokong BN. Begitu juga ada bangsa Cina yang bersalaman dengan saya. Ini satu fenomena yang tidak boleh dibuat-buat. Tapi ia berlaku hari ini. Kerajaan buat apa pun, arus itu sudah nampak. Dan saya rasa, perkara ini tidak mustahil berlaku. Pada 2004 bila Dr Mahathir letak jawatan, Dolah Badawi ambil alih. BN pecah rekod dapat undi terbanyak pilihan raya. Tetapi empat tahun kemudian, orang yang sama hampir tutup cerita Umno. Saya tidak fikir Najib memahami, kehendak orang ramai. Bagi saya, negara kita ini dipimpin budak-budak yang tidak ada wisdom (kewaspadaan).

Tapi dalam beberapa tinjauan, populariti Najib agak tinggi berbanding BN itu sendiri

Tinjauan ini... ia subjektif. Saya hendak cari makan saya buatlah yang terbaik. Saya ada rakan yang hendak bertanding. In paper ada 1500 orang, kawasan bertanding ada 75,000 orang. Anda ambil 1200...

Saudara tidak lihat insentif melampau Najib itu boleh menarik pengundi...

Di peringkat orang kampung ada "effect". Tapi lama kelamaan bak kata Dr Mahathir Melayu ini mudah lupa. Apa yang boleh dibuat dengan RM 500? Ini semua "short term". Mahahtir satu ketika, bila Dolah nak naikkan gaji polis, dia "reject". Lebih baik memikirkan bagaimana nak kurangkan kos sara hidup. Itu yang Pakatan Rakyat fikirkan. Macam yang Rafizi Ramli (Pengarah Strategik KeADILan) kata nak kurangkan kos hidup dengan turunkan harga kereta. Negara kita ini kaya, ada gas, minyak, kelapa sawit jika dibandingkan dengan Singapura yang tidak ada apa-apa. Tetapi kita miskin. 
Lebih RM1.5 thrilion duit hilang. Najib kata BN mampu beri apa sahaja... termasuk BR1M tetapi pada masa yang sama Menteri Kewangan Ke II mengatakan bahawa jumlah liabiliti negara hampir 53 peratus. Yang mana satu betul? Menteri Kewangan 1 kata begini... ke II kata begini... Isu terlampau banyak hari ini. Boleh bagi RM200... RM500...tapi bajet ini, Najib akan buat apa sahaja. Bukan untuk selamatkan rakyat tapi nak selamatkan diri dia. Kalau BN kalah bak kata Mahathir, BN tidak boleh hidup lagi. Maksud saya semua pemimpin BN akan menggigil. Semua rasuah.

Bukankah survival BN akan datang bergantung pada pengundi di kampung?

Pada Umno, ia memang berharap pada saluran satu. Tapi yang lain ini loosing. Itu yang dia takut bocor. Sekarang ini macam Felda. Felda saluran satu ramai. Sekarang, BN amat "concern" dengan dua kawasan Felda yang kuat BN. Tambahan pula dengan penyenaraian FGVH. Sebanyak 10 bilion syer. Jadi, berapa banyak duit KWSP dan GLC yang nak digunakan? Hari-hari nak tampung. Jika awak ada syer hari ini awak jual. Bila jatuh nanti kerajaan beli balik dan awak jual. Tetapi berapa lama?

Bajet 28 Sept ini, memang bajet pilihan raya. Bagaimana rakyat hadapi, dan Pakatan harungi?

Saya ingat sebahagian besar rakyat dah buat keputusan. Hanya tunggu masa nak buang undi. Jadi, tindakan Najib hari ini nampak betul-betul "desperate". Contoh nak control undi yang ada, tapi tercicir dan ada yang sudah lari macam Sabah dan Sarawak. Kemudian di Johor, Pahang? Dia akan guna macam-macam isu. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I like the valuable іnfοrmation you ρrovidе to your articleѕ.
I'll bookmark your weblog and take a look at again right here regularly. I'm reasonablу sure I ωill learn lots
of new ѕtuff proper here! Best of luck foг the following!


mу blog post; payday loans