KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 06, 2012

Nak ke SPRM siasat seorang Ketua Menteri Tamil Nadhu di Melaka?


Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan, agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Dato' Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen. Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan, mesyuarat PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, Pegawai Khas Ketua Menteri Melaka mengaku majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi. Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan juga terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada Ketua Menteri dan semuanya percuma.

Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Dato' Yusof Jantan, memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak Ali, pada 30 September 2012. Mahfuz seterusnya menekankan, semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada Ketua Menteri atau Kerajaan Negeri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I νisitеd multiрle blogs but thе
audio featuгe foг audio songs presеnt at thіs wеb рage is really fabulоus.
my web page > blu cig