KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 14, 2009

Pakatan Rakyat mahu kembalikan kestabilan politik Perak, mengapa ia harus disekat? - YB Dato' Ngeh Ko Ham


KEMENANGAN ini sekaligus memberi hak rakyat memilih wakil dan kerajaan yang mewakili hasrat rakyat. Pakatan Rakyat akan pastikan hak rakyat itu terjamin. Selepas Pakatan menang kes Nizar ini, Menteri Besar yang sebenarnya mempunyai kelayakan akan segera menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenan agar Baginda membubar Dun. Ikuti temubual WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Ecxo Kanan Kerajaan Perak, Dato'Ngeh Ko Ham di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 11 Mei 2009:

Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diisytihar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi sebagai Menteri Besar yang sah, justeru apa pandangan Dato' tentang keputusan ini?

DATO' NGEH KO HAM: Ini merupakan kemenangan rakyat kerana apa yang kami harapkan agar hak rakyat dipulangkan dan Nizar kembali menjadi MB Perak ini menjadi kenyataan kerana ia adalah hak rakyat yang telah dirampas oleh BN sebelum ini.
Kemenangan ini amat berharga kepada perjuangan mengembalikan hak rakyat yang sebenar selepas BN melakukan rampasan kuasa pada Februari lalu. Mereka telah melanggar segala peruntukan perlembagaan tanpa memberi hak atau memulangkan hak kepada rakyat yang sepatutnya menjadi penentu kepada kerajaan mana yang mereka mahukan.

Kenapa kemenangan kes ini begitu penting?

Kemenangan ini sekaligus memberi hak rakyat memilih wakil dan kerajaan yang mewakili hasrat rakyat, kita akan pastikan hak rakyat itu terjamin sebab BN tidak akan berbuat demikian.
Selepas kita menang kes Nizar ini, saya dan MB yang sebenarnya mempunyai kelayakan akan segera memohon menghadap Sultan Perak untuk memohon kepada Sultan agar membubar Dun. Kita akan buat secepat mungkin hal ini kerana ianya penting sebab pada kami, jika mahu mentadbir kerajaan, kita mahu ianya dengan amanah rakyat.
Dengan keputusan ini kita setuju bahawa rakyat bukan seperti yang disangkakan BN mudah dipaksa dengan macam-macam jenis paksaan, atau sebarang jenis jalan yang tidak mengikut undang-undang selain dengan menggunakan wang untuk beli wakil rakyat.

Tanggal 7 Mei lalu berlaku juga sejarah hitam dalam Sidang Dun Perak. Semuanya hanya kerana mahu menghalalkan tindakan rampasan kuasa yang dilakukan sebelum ini. Apa komen Dato' terhadap pelan 'jahat' Najib ini?

Apa yang berlaku pada 7 Mei lalu merupakan sejarah hitam di Perak. Bagi saya yang tidak mengikut peruntukan perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak ialah BN sebenarnya.
Dalam sidang itu, BN melantik Speaker mereka dengan cara atau kaedah yang tidak sah dan bertentangan dengan prinsip demokrasi itu. Kita tak kisah kalau dijatuhkan dengan jalan mengadakan sidang dun khas untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Nizar.
Tetapi apabila keputusan speaker yang sah mengenai tiga adun lompat yang dah ada surat letak jawatan selain keputusan speaker terhadap tujuh lagi Adun BN yang lain termasuk Zambry, tetapi mereka tidak hormat, dan kes tujuh orang yang digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan Dun Perak tetapi mereka tak hormati.
Apa yang berlaku mereka adakan satu sidang dun kecil lagi dalam sidang Dun, mana boleh macam ini sidang Dun dalam dua, kita PAS, DAP dan KeADILan tidak pernah lakukan cara sebegini.

Pembabitan polis macam mana?

Akhirnya polis digunakan untuk mengheret Speaker keluar. Kaedah yang digunakan polis ini sebenarnya tidak bertamadun, tiada peri kemanusiaan yang tidak pernah dilakukan di negeri lain. Apa yang berlaku jelas speaker ditarik kasar, sementara beberapa Adun dipukul dan dikasari selepas mereka membantah penggunaan kekasaran ke atas speaker yang sah iaitu V Sivakumar.
Bagi saya ini satu juga kemenangan yang besar kepada rakyat dan pada saya nasihat kepada semua pihak agar duduklah semula atas landasan undang-undang yang seharusnya dijadikan panduan kepada krisis yang berlaku selama hari ini yang menyebabkan perak menjadi kucar-kacir.
Apa yang penting bagi Pakatan Rakyat, kemenangan ini signal besar kepada Najib yang menjadi tulang belakang kepada isu ini. Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengembalikan kemajuan di Perak dengan aman dan baik kerana dahulunya ketika kita mengambil alih Perak, keadaan Perak aman.
Agenda Pakatan Rakyat, kita memerintah nak pastikan keluarga dan pekerja mudah buat kerja kerana apa yang kita lihat orang tempatan terpaksa ke Singapura dan negara lain mencari pekerjaan kerana di sini sudah sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Kita mahu bentuk satu keadaan yang selesa untuk rak boleh hidup selesa.

Kita semua secara umum tahu Najib ada di belakang rampasan kuasa Februari lalu. Apakah kesan yang akan dihadapi Najib dan imejnya sendiri wal hal semua tahu ini angkara dia?

Betul ini satu titik hitam yang memang ada. Najib ada dakwaan banyak kes, antaranya kes Altantuya, penerimaan komiysen kapal selam, scorpene dan di Perak dia tak ikut undang-undang. Ini juga adalah satu titik hitam kepada permulaan.
7 Mei lalu kita boleh lihat bagaimana polis masuk ke Dun langgar undang-undang, tetapi polis tak akan didakwa kerana mengikut kehendak Najib dan dalam hal ini boleh lakukan kesalahan tanpa didakwa, kerana mereka ini dipergunakan.
Apa yang berlaku di Perak polis yang menyekat kami dari menjalankan tugas, mereka (BN) yang langgar undang-undang dan polis perlu didakwa. Pada saya peristiwa pada 7 Mei, polis mengambil pistol mengheret Sivakumar dan melakukan kekerasan kepada Adun-adun Pakatan Rakyat, masuk ke dewan tanpa ikut undang-undang.
Dan mereka juga melakukan halangan kepada Adun-Adun yang sah untuk menjalankan tugas. Ini memang satu pencerobohan. lakukan jenayah pukul orang. Larang Adun jalan kerja dan heret speaker, ini satu kesalahan besar.

Katanya di Sitiawan, majlis makan malam Dato' juga diganggu polis...

Semalam satu majlis makan malam di Sitiawan, kami nak siarkan klip video pembukaan sidang Dun di majlis itu tetapi polis tidak membenarkan kami berbuat demikian. Saya selaku ahli Parlimen menentang keputusan ini kerana saya menyatakan selaku ahli Parlimen saya perlu memberi maklumat kepada rakyat ini yang benar.
Dan video kami ini bukan yang diharamkan penerbitan, jika polis mahukan kami hentikan siar klip ini, ini bukan klip video yang salah. Tetapi polis mencetuskan kuacar-kacir di majlis kami di Sitiawan. Kenapa polis datang cetuskan kekacauan? Saya dah buat laporan polis kepada OCPD Sitiawan dan konconya atas kejadian itu. Saya kata polis patutnya menjaga dan mengurangkan bilangan jenayah tetapi ini polis menjaga hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka tak berjaya menyekat jumlah jenayah yang semakin membimbangkan, penceroboh macam laporan ini boleh diambil tindakan kerana mereka buat tindakan sesuka hati.
Bagaimana rakyat boleh hormat kepada polis. Polis lakukan tindakan yang lebih berat atau yang melanggar undang-undang. Nyatanya dalam kes ini, Nizar menang dengan sokongan rakyat. Najib akan terus terpalit dengan adegan jahat yang dibuat sebelum ini dan ia menjadi kenangan hitam buat rakyat Perak.

Secara keseluruhannya, apa ramusan Dato'?

Rakyat tak nampak reforamsi yang sebenar yang mahu dilakukan di bawah Najib tetapi yang pasti di bawah Najib ini, polis terus dipergunakan sewenang-wenang. Mereka melakukan kesalahan hanya untuk membolehkan kemahuan Umno/BN ditunaikan walaupun polis terpaksa melanggar undang-undang.
Ini satu kemelut yanhg hanya akan menyebabkan rakyat semakin membenci dengan kepmpinan kerajaan yang ada hari ini. Tak usahlah mereka hanya berlakon membebaskan 13 tahanan ISA, walhal mereka masih meneruskan akta yang zalim ini.
Dalam kes Perak, imej Najib sememangnya tercemar, bermula dengan rampasan kuasa hinggalah kepada sidang Dun 7 Mei lalu yang hanya diadakan bagi membolehkan tindakan haram BN berterusan. Tetapi rakyat sudah sedar mahu bersama kita dalam menentang penyelewengan ini. Saya yakin jika dibubarkan Dun, rakyat akan memilih kita semula dan kita akan mendapat mandat baru yang lebih besar.

Tiada ulasan: