"JANGAN tanya saya, tanyalah orang yang rapat dengannya (Maizawati)," kata Waheeda berhubung pendedahan isteri penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy, iaitu Maizawati Zainal yang mengakui suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi itu, lapor Wahida Asrani untuk mSTAR.Online.
Waheeda yang dihubungi hari ini tetap tidak mahu mengulas panjang tentang hal tersebut dan menyerahkan apa saja penilaian yang dibuat oleh masyarakat terhadap dirinya.
"Tanyalah saja orang yang terdekat (ahli keluarga) dengannya," luah penyanyi itu sekali lagi, ringkas.
Maizawati di dalam sebuah akhbar hari ini mengakui dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.
Namun, ibu kepada dua orang anak hasil perkahwinan dengan Akhil itu tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.
Menurut Maizawati, dia amat terguris dengan tindakan Akhil yang terus mendiamkan diri. Malah, kisah antaranya dan Waheeda turut meninggalkan impak terhadap anak-anaknya yang terpaksa berpindah sekolah kerana tidak tahan diperli rakan-rakan.
Katanya lagi, berdia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.
Hampir dua tahun kisah 'panas' antara Waheeda dan Akhil begitu hebat menjadi bualan ramai. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.
Puas mereka menafikan dan menegaskan mereka hanya berkawan baik, namun isu tersebut masih belum reda apatah lagi bila kedua-duanya muncul membawakan watak sebagai suami isteri di dalam program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang sedang ditayangkan di Astro Oasis.
Cerita 'hubungan' mereka ini terus berlarutan apabila kecoh pula isu gambar 'mesra' Waheeda dan Akhil di sebuah pantai bersama dua kenalan mereka, termasuklah pelakon baru, Ramona dan seorang lelaki, yang telah tersebar luas di internet.
Aksi 'gembira' Waheeda dan Akhil dalam gambar-gambar tersebut telah membuatkan ramai beranggapan bahawa mereka sebenarnya memang mempunyai hubungan 'istimewa', tetapi masih ingin terus berahsia.
Waheeda, ketika dihubungi mStar Online ketika itu mengakui gambar tersebut dirakamkan beberapa bulan lalu ketika dia, Akhil dan beberapa rakan pergi ke Port Dickson untuk menikmati juadah ikan bakar di sebuah restoran di sana.
Namun, ujar penyanyi itu, dia tidak dapat menghalang jika masih ada pihak yang ingin meletakkan persepsi negatif terhadap gambar-gambar tersebut.

4 ulasan:
Inilah cobaan dan dugaan Allah ke atas umatnya.
Sedikit cobaan.
Sudah pening.
Senang bila bercakap.
Susah untuk dipraktikkan.
"CABARAN KEPADA PENCERAMAH POLITIK YANG BERPAYUNGKAN AGAMA"
Sabar..
sabar...
kasihan anak bini ustaz Akil ni ...amacam brader? Ustaz Akil takpa la duk diam 1000 bhs, deme camner..jgn buat pasei!
ni laa risiko bergelumang dlm program-2 Astro.. byk sgt godaan, cubaan...kot sebab ni us. Akil tertewas aku paham laa. Dulu aktif ceramah, idok ler teman tau ader criter cenggini.
Waheeda, waheeda. Pandai kau simpan rahsia ye, dalam masa yg sama cuba menyakiti hati isteri akil. Akil tu tak bertepuk sebelah tangan kalau bukan kau yang goda. Kalau ye pun suka kan laki orang, berendah diri lah, dekati hati bakal madu@ madu kau tu!!. kau rampas laki dia aje lepas tu menyombongkan diri pulak, seolah-olah kau dah menang, maizura kalah!!! Istighfar banyak2, bertaubat!, bertaubat!!! berdosa tau tak samada berbohong atau menyakiti hati orang kerana bergaul mesra dengan laki orang!
FITNATUN NISA"
Fitnah wanita atau godaan wanita SUNGGUH DAHSYAT!.
Takutlah kamu pada Allah.
Malah bila sudah lebih dari tiga empat bulan, sudah boleh jatuh ta’liq. dalam quran sebut sekurang-kurangnya 4 bulan.
Suami meninggalkan isteri adalah amat kejam dan dikutuk Allah. Allah melarang perbuatan sedemikian.
Jika melalui mahkamah, jika tidak berjaya bolehlah dengan cara lain. Bayangkan 2 TAHUN. Senyap.
Membiarkan suami. Suami tidak bagi tinggal sekali. Nafkah terabai. Siapakah yang mencabuli hak yang Allah telah tetapkan?
Catat Ulasan