KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah keputusan yang menyebelahi rakyat, lapor Wan Nordin Yaakob.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada Harakah semasa mengulas kemenangan Nizar. Beliau turut bersama di mahkamah ketika keputusan kes itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 11 Mei.
Nizar kembali ke jawatannya secara sah dan diputuskan mahkamah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dun, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
"Ini adalah satu kemenangan rakyat, dan ini juga adalah signal kepada Najib yang kita ketahui menjadi dalang di belakang rampasan kuasa di Perak bahawa rakyat mahukan perlembagaan tertegak," ujar Mahfuz.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, kemenangan ini memberi gambaran apa sahaja yang dilakukan Najib dan Menteri Besar BN yang haram, Zambri Abdul Kadir ialah bertentangan dengan perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.
Dengan keputusan ini juga, ia menjawab segala fitnah yang dilontarkan BN kepada Pakatan Rakyat. Malah dengan kemenangan ini nyata apa yang dilakukan Najib dan Zambry sebelum ini hanyalah mempermainkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri selain mempersendakan Sultan Perak.
Justeru Mahfuz menyeru Najib dan Zambry memohon maaf kepada rakyat Perak dan Pakatan Rakyat atas fitnah besar yang dilakukan ini hingga menyebabkan Perak 'kucar-kacir' selama tiga bulan.
"Ini satu kesalahan dan aib yang besar, malah apa yang berlaku dalam sidang dun pada 7 Mei lalu juga berpunca daripada rampasan kuasa Februari lalu," katanya.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar pula mengucapkan syukur ke atas kemenangan Nizar itu. Kemenangan itu katanya adalah kemenangan perjuangan rakyat yang mahukan perlembagaan dihormati selain signal jelas kepada BN bahawa apa yang mereka lakukan sebelum ini bertentangan dengan undang-undang.
Beliau juga menyeru ahli Pakatan Rakyat di Perak khasnya bertenang sementara ini dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Ahli juga diminta agar bersabar dan hanya bertindak dengan arahan dan perancangan teliti pimpinan buat sementara waktu ini.
Dalam penghakiman, permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, Menteri Besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.
Mohamad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilantik 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan Menteri Besar.
Dalam permohonan itu, Nizar mendakwa beliau masih Menteri Besar yang sah atas tiga alasan berikut:
(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;
(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai Menteri Besar Perak; dan
(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar Perak.
"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan Dun dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.
"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan Menteri Besar Perak, saya masih Menteri Besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.
Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.
Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan Menteri Besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai Menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas Menteri Besar di negeri itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan