KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 23, 2009

Pengesahan Zambry sebagai MB Perak menandakan hari 'gelap' demokrasi!


KETUA Angkatan Muda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada rayuan yang dibuat Dato' Dr Zambry Abdul Kadir sebagai 'hari gelap' kepada demokrasi di negara ini.

Bagi Shamsul, apabila sistem kehakiman mudah diperkotak-katikkan oleh ahli politik untuk kepentingan mereka, ia menandakan matinya demokrasi.

"Keputusan ini saya telah jangkakan, dan saya menyifatkan ia sebagai satu lagi sejarah titik hitam kepada perundangan negara," katanya.

Beliau tidak bimbang dengan keputusan ini kerana keputusan tersebut tidak mampu menipu rakyat yang sudah mengerti akan permainan kotor Umno/BN menggunakan mahkamah bagi menghalalkan niat politik mereka.

Namun Samsul masih mengharapkan agar akan berlakunya pembubaran Dun bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang sah di Perak.

"Kerajaan yang dipimpin Zambry tidak stabil kerana ianya adalah kerajaan yang dirampas dari hak rakyat," katanya.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Tiada ulasan: