FORMULA turun ke padang untuk mendekati rakyat yang digariskan oleh UMNO bagi menawan kembali hati rakyat negeri ini berbeza dengan cara turun ke padang yang diamalkan oleh para pembangkang, lapor Safina Ramli untuk Utusan Malaysia.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apabila pemimpin pembangkang turun ke padang untuk bertemu rakyat, mereka hanya tahu bercakap dan menabur janji semata-mata.
"Lain halnya dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) apabila mereka turun ke padang untuk bertemu rakyat.
"Kami datang bertemu rakyat untuk memberi peruntukan, bagi rumah dan kemajuan dan tidak pernah kami datang hanya untuk bersalam kosong," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis ramah mesra UMNO Bahagian Baling dan perasmian serentak Mesyuarat Agung UMNO cawangan itu di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.
Menurutnya, jika pembangkang bertemu dengan rakyat dan hanya tahu menabur janji semata-mata, lama kelamaan rakyat akan kembali sedar lalu beralih kepada BN.
"Pembangkang hanya tahu mencipta isu serta bernaung pada isu-isu tersebut. Kita yang membawa kemajuan kepada negara ini dan tidak pernah membuat janji kosong kepada rakyat kerana apabila kita cakap nak bina sekolah, kita akan bina sehingga siap," ujarnya.
Tambah beliau, penyusunan gerak kerja untuk memantapkan UMNO negeri akan segera dilakukan bagi memastikan negeri ini kembali ke tangan BN.
"Yang pasti semua ahli perlu bersatu dan sedia berkhidmat untuk memantapkan parti. Saya mahu semua ahli serta pemimpin UMNO memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan dengan ini UMNO akan terus dekat dengan rakyat," jelasnya.
Selain itu Shafie memberitahu, peluang BN untuk kembali memerintah di negeri ini agak cerah kerana tiada ketaksuban kepada pemimpin pembangkang di negeri ini seperti yang berlaku di Kelantan.
"Di Kedah kita mempunyai kelebihan kerana kemajuan yang telah negeri ini kecapi adalah hasil daripada usaha BN. Jika kemajuan ini tidak dikekalkan, sudah tentu rakyat akan kembali menyokong BN," katanya.

5 ulasan:
Setuju..
Dengan cara Shafie Afdal.
Biarlah bercakap dengan ikhlas dan menunaikan sekadar kemampuan.
Bila cakap kosong..
Janji pun kosong..
Nanti rakyat kata penipu..
Penipu adalah berdosa besar.
shapie ,jagahun lahatnu .. daaka maka eyaa lahat ta...
andaun niya na malahatnu heek mag talkin UMNO..
Jagahun mundusinu ya katua bagangan...kakakakakakaka.
orang yg berasal dari ULU DAN HUTAN bila ada resume tinggi sikit memang cakap pun mcm kasta PARIA bila dapat kahwin dgn gadis BRAHMA laa.fie xafdal ni pun lebih kurang mcm tu jugak lah cara dia cakap. org KEDAH bukannya sakai2 mcm kat negeri dia tuu.. awat ..duit peruntukan pembangunan utk rakyat mak/bapak dia punya kaa? mentedarah duit2 gaji/elaun pun dibayar leh cukai2 rakyat... lagi cakap besar.. kalau hampa umno KEDAH dok boleh layan siparia borneo nii .hampa betui2 bodo yg xleh diajar.. cerdik xleh ditumpang.
Janganlah mengata orang.
Nanti kita tidak dapat membezakan baik atau buruk.
Marah orang berpada-pada.
Nanti terselak kain sendiri.
Nanti bodah diri yang mereka cari.
kahhhh...
pantun tu, aku pun pening.
apalah BONGOK nya si apdal ni, memanglah pembangkang tak boleh beri apa2 pada rakyat, sapa pegang duit, sapa policy maker, cakap pada teman rimba kamu bolehlah, orang kedah pun tadak peliaq dok ambil orang bodoh macam apdal atau orang2 umno memamng bodoh tak tahu nak bedakan sapa berkuasa, sapa ada duit, sapa boleh hamburkan duit, ooit, duit tu duit kami juga, dok bayar cukai itu ini, sampai kat kamu kamu kata duit umno, beginilah bodoh umno bila cakap. kalau kepala orang umno bukan otak udang dia tak kata "Pembangkang boleh buat apa" memang tak lehlah nak buat mega2 projek sebab kita bukan perbendaharaan" kalulah orang umno kata gitu pada orang kampung memang otak tahilah.
Catat Ulasan