KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 28, 2009

Tahniah kepada Dr Najihahtulsoleh mengetuai Dewan Muslimat PAS Parit

SAYA mengucapkan tahniah kepada Dr Najihahtulsoleh Ahmad kerana dicalonkan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Dewan Muslimat PAS Pusat pada pemilihan dewan itu Jun ini. Tahniah juga kerana sekali lagi Dr terpilih mengetuai Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit.

Semoga terus bersemangat untuk melakukan anjakan paradigma dan memintal segala masalah penerimaan dan perubahan secara bijaksana, kerana hanya kekentalan dan kekuatan mahu berubah sahaja yang berupaya mengubah gerakerja yang "lembab" PAS Kawasan Parit kepada yang lebih efisyen.

Dengan senario politik di Perak yang kian menyebelahai rakyat, diharapkan PAS Parit khususnya Dewan Muslimat dapat mengumpal kekuatan, kebiajksanaan dan kesatuan yang utuh dalam mengembalikan kemenangan manis kita pada pilihan raya umum 1999 lalu apabila PAS menang di Parlimen Parit melalui Yang Dipertuanya, Ustaz Mat Basir Rahmat bingkas menumbangkan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Dr Faizul Fadli Muhamad pula upaya membenamkan Exco Kerajaan Perak, Dato' Zaim Abu Hassan di Dun Blanja. Usaili Alias dari PKR yang muncul di saat akhir, berjaya menyekat kemaraan Ismail Hasbullah di Dun Bota.

Semoga PAS Parit mampu mengulangi semua itu pada pilihan raya umum akan datang!

TARMIZI MOHD JAM
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu
Presiden Gerak Sedar Anak Perak (GESA)
Bekas Ketua Penerangan, Setiausaha PAS Parit dan calon PAS Dun Bota

Tiada ulasan: