MEMPERTIMBANGKAN pelbagai faktor, keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang dikira memenuhi kehendak majoriti rakyat. Kerajaan berhak memutuskan perkara itu. Antara alasan utamanya ialah jiwa dan perasaan mereka yang menjadi mangsa gerakan pimpinan Chin Peng itu. Ulas blogger bilasauhdibongkar, Ustaz Zolkharnain Abidin yang juga AJK Dewan Ulama PAS yang baru terpilih pada blognya.
Namun, dikira ramai yang terkejut apabila Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa ada badan tidak berdaftar dan parti politik tertentu yang cuba menghidupkan ideologi dan nilai komunisme.
Parti politik? Parti politik yang mana satu? Parti politik komponen BNkah? Adakah Zahid maksudkan dengan Gerakan?
Parti politik itu berusaha menghidupkan nilai-nilai dan ideologi komunisme atau menghidupkan Parti Komunis Malaya? Tentu berbeza antara nilai dan ideologi dengan organisasi. Sama ada nilai atau PKM, kedua-duanya sangat tidak kondusif untuk negara ini.
Tumbangnya iedeologi komunis bersama tersembamnya patung pengasasnya mengisyaratkan bahawa ideologi itu tidak mahu diberi tempat oleh penduduk bumi.
Itu satu hal.
Satu hal lagi, apa motif Zahid membuat kenyataan itu? Menggertak parti politik tertentu, Gerakan? Mengapa Gerakan perlu digertak? Adakah kerana Gerakan pernah ‘menggertak’ untuk keluar BN? Baca sini.
Kenyataan Zahid ini adalah kenyataan untuk kepentingan negara atau kepentingan BN? Kalau untuk kepentingan negara, rasanya, Zahid tidak perlu sangat mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana itu mengundang keresahan umum mengenai situasi keamanan dan keselamatan dalam negara.
Orang ramai sudah melahirkan keresahan dan kebimbangan apabila kerajaan pernah memaklumkan bahawa al-Arqam atau ideologi al-Arqam bakal dihidupkan suatu masa lalu. Bayangkan keresahan itu apabila Zahid mengumumkan mengenai nilai dan ideologi komunis bakal dihidupkan di negara ini.
Cerdikkah Zahid?
Kenyataan Zahid ini mengundang persepsi yang pelbagai. Apa yang dibimbangi ialah persepsi bahawa hubungan antara kaum dalam negara ini sedang meruncing. Apatah lagi kenyataan ini dibuat ketika kita masih belum jauh meninggalkan tarikh hitam 13 May.
Sepatutnya Zahid dan BN berusaha bersungguh-sungguh melakar situasi baru dalam isu hubungan kaum dalam negara ini. Umno berkawan (boleh juga dibaca berkahwin) dengan Gerakan dan MCA semenjak sekian lama, namun ‘kawan’ dan ‘kahwin’ mereka tidak menjernihkan dan menceriakan hubungan antara kaum itu.
Kalau Gerakan pernah menggertak BN, Zahid janganlah pula cuba menggertak rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dengan isu komunisme. Janganlah semangat perkauman ditiupkan melalui masalah yang dihadapi oleh BN. Jangan jadikan masalah BN sebagai masalah rakyat.
Apa pun, kenyataan Zahid itu menyerlahkan lagi kalut dan kemelut BN. Dua kaum yang menjadi ‘tongkat’ Umno bertopang kini sudah tidak bersedia lagi untuk terus menjadi tongkat. Kedua-dua kaum itu tidak lagi merasakan BN sebagai naungan yang selamat. Mereka perlukan naungan baru yang lebih harmoni dan nyaman.
Tentu ramai menyangka naungan itu adalah Pakatan Rakyat. Saya katakan, bukan Pakatan Rakyat, salah. NAUNGAN ITU IALAH ISLAM.

8 ulasan:
hidup umno,saya rasa u banyak temberang
MATI LAH UMNO.. saya rasa u mengurai apa yg tersirat.
APAKAH PERBEZAAN AYAT MUDAH TERHURAI???
Memg umno terdesak mcm2 spekulasi berbaur perkauman di bangkit tanpa jelas bukti serta penerangan hujah.
JGNLAH MENUTUP MINDA SEKALIPUN KEBAIKAN DAN KEBENARAN TERPAMPANG LUAS UNTUK AKAL YG MULIA MENILAI. KELAK ALLAH TARIK NIKMAT YG ADA BARU MENYESAL X SUDAH.
Zahid hanya memperjuangkan poketnya aje... supaya penuh...
jgn mudah mengeji dan menghina org melalui rupa.. itu adalah ciptaan Allah.. apa hak kamu Dr 1221. Jgn bangga dan lupa diri.. Allah juga yg mencipta kamu.. Mana Iman kamu.. Bongkak di bumi Allah ini.. guna akal bukan guna nafsu.. pilih dunia jgn lupa akhirat.. masyaAllah.
dr 1221 confirm org umno darah cap kerih hehe..komen mcm org pendek akai..
KITA ORANG PAS YANG CERDIK, TENTULAH BIJAK MENGAMBIL PELUANG DENGAN MUSUH KITA.
ADAKAH UMNO MUSUH PAS?
UMNO ADALAH SAUDARA SESAMA ISLAM.
HARAM KITA MEMBUNUH MEREKA.
MAKA ADALAH HARAM KITA MENCELA DAN MENFITNAH MEREKA.
MUSUH ISLAM YANG SEBENAR IALAH SYAITAN DAN ORANG-ORANG KAFIR.
tanpa nama berkata: MUSUH ISLAM YANG SEBENAR IALAH SYAITAN DAN ORANG-ORANG KAFIR... tapi Umno ikut perangai macam syaitan.
Iblis enggan tunduk perintah Allah. satu jer. dia kuta amal ibadat tapi taknak tunduk kepada Allah. dia enggar. itu baru satu perintah. Umno banyaknya perintah dia tak mau buat...
Catat Ulasan