KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 23, 2009

Sekalipun Zamry disahkan MB, Pemuda PAS tetap desak bubarkan Dun Perak segera


TIADA jalan lain untuk memulihkan krisis politik Perak melainkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu segera dilakukan, tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, lapor Irwan Muhamad Zain.

ResponS tersebut diluahkan Salahuddin sebaik saja Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu mengumumkan Dato' Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

"Kita konsisten dengan desakan agar Dun dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka. Biarpun mahkamah memutuskan Zambry sebagai menteri besar yang sah tetapi rakyat merupakan hakim sebenar dalam soal demokrasi," tegas Salahuddin.

Mengulas berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu, Salahuddin menegaskan keputusan tersebut sudah dijangka kerana suasana persekitaran sistem perundangan memang telah dicemari oleh kes-kes terdahulu yang melibatkan integriti kehakiman.

Beliau juga menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu mencerminkan sistem kehakiman negara dibawah Dato' Seri Najib Tun Razak yang tidak akan mengalami apa-apa perubahan seperti yang sering diminta rakyat.

"Sistem perundangan negara selama ini sudah banyak dicemari dengan kes-kes yang melibatkan badan kehakiman yang tidak bertintegriti.

"Keputusan mahkamah rayuan ini memberikan gambaran dibawah Najib tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam sistem kehakiman seperti yang dikehendaki rakyat," jelas beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, percaya rakyat sudah bijak untuk menilai apa yang beralaku dan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti sokongan kepada Pakatan Rakyat akan meningkat bukan hanya di Perak tetapi di seluruh negara.

Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu mengumumkan Dato' Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lepas yang mengesahkan kedudukan asal Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop sebulat suara menerima rayuan Zambry setelah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei, sehari sebelum mengumukan keputusan.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Tiada ulasan: