PAS sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.
Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.
“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan secara sinis berkata, gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya sudah lama diamalkan Pas, malah parti itu sanggup menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada kaum lain selain Melayu.
“Kita ada Islam For All, kita yang pertama jadi mana boleh UMNO mahu kita mengikut mereka yang bukannya pihak pertama membuat gagasan sebegitu. Adakah logik orang pertama kena ikut orang nombor dua,” katanya.
Sementara itu Nik Abdul Aziz memberitahu, Pas akan terus mempromosikan kepimpinan ulama di dalam parti itu yang dianggap telah berjaya mentadbir negeri Kelantan mengikut acuan yang dikehendaki Islam selama hampir 20 tahun.
Katanya, kerajaan negeri itu di bawah pimpinannya selama ini mempraktikkan Islam dari segi akidah, ibadat, ekonomi dan perjalanan politik sehingga berjaya menarik keyakinan rakyat terhadap parti itu sejak sekian lama.
“Sememangnya kami mahu mempromosikan kepimpinan ulama. Kepimpinan ulama di Kelantan selama ini telah membuktikan yang kita mampu mentadbir dengan baik. Menjelang pemilihan kali ini, Saya gembira apabila mendengar khabar ada antara Exco Kelantan yang dicalonkan bertanding,” katanya.

1 ulasan:
NAK TANYA TUAN GURU?
1. Buat masa ni, Siapa yang layak memimpin Perak (Melayu, Cina atau India)
2. Setahu kami, Orang kafir PASTI memikirkan hal-hal berkaitan orang-orangnya. Jika dilihat MELAYU lah... majoriti yang menguasai DUN. Jadi MELAYU lah yang layak.
MAAF...
Sekadar Bertanya.
Takut nanti sesat jalan.
Catat Ulasan