PERGERAKAN Puteri UMNO diberikan tempoh dua tahun melaksanakan pendekatan berbentuk kemasyarakatan bagi mengembalikan sokongan rakyat terutama golongan muda kepada Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tempoh masa ditetapkan supaya semua anggota pergerakan itu dapat memberikan fokus terhadap semua inisiatif yang dilakukan.
"Tempoh masa yang diberikan itu tidak terlalu panjang dan adalah lebih baik kita tetapkan tempoh masa, jadi semua yang kita buat dimulakan daripada sekarang. Kalau tidak, ahli-ahli parti kata masa masih panjang lagi, jadi mereka tidak akan memberikan fokus," katanya selepas menerima kunjungan barisan kepimpinan baru Pergerakan Puteri UMNO di pejabatnya di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, perkara utama yang perlu ditumpukan oleh sayap parti itu ialah bagaimana memperbaiki imej UMNO dan menarik sokongan orang Melayu kepada parti tersebut.
Beliau memberitahu, pergerakan itu diingatkan bahawa program berorientasikan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi menyampaikan maklumat tentang isu-isu semasa dengan lebih tepat.
"Kita tidak mahu ada pihak yang begitu mudah memutarbelitkan fakta sehingga menjejaskan sokongan rakyat kepada BN," katanya.
Muhyiddin mengingatkan Puteri UMNO agar meningkatkan usaha mendekatkan diri dengan generasi muda kerana mereka adalah kelompok terbesar yang akan tersenarai dalam daftar pengundi.
"Puteri perlu berusaha berhubung dan berinteraksi dengan mereka dan pertubuhan yang mewakili mereka. Kita tidak boleh lepas tangan sebaliknya buat secara proaktif dan bukannya bertindak selepas sesuatu perkara berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin yakin bahawa Puteri UMNO di bawah kepimpinan Rosnah mampu melaksanakan tugas yang diarahkan oleh parti itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan