MOGOK lapar yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat Perak sekali pun tidak mengabaikan aspek kesihatan apabila pakar kesihatan turut disediakan kepada mereka yang memerlukan.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, mogok lapar yang diadakan itu adalah untuk mereka di kalangan bukan Islam. Bahkan beliau menafikan pemimpinnya bermogok lapar sebagaimana didakwa sesetengah pihak.
Katanya, mereka yang beragama Islam pula memilih untuk berpuasa sunat sempena di 1 Jamadil Akhir yang mana menurut takwim hijrah orang Islam akan berpuasa dari 1 hingga 3 hari bulan.
Ahmad mengulas tuduhan yang dilemparkan kepada PAS apabila menganjurkan mogok lapar selama 72 jam mulai hari ini untuk mendesak pembubaran DUN.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mempertahankan mogok lapar selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mei itu bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.
Husam berkata, tindakan berkenaan boleh dibuat dengan syarat individu yang terlibat tidak melakukannya sehingga mati.
Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan perbuatan itu menyamai agama lain termasuk Hindu kerana mogok lapar tiada dalam agama terbabit sebaliknya yang ada hanyalah amalan berpuasa.
Husam mengulas kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya sebelum itu, bahawa umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.
Tokoh agama terkenal Johor, Datuk Noh Gadut semalam dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah kerana ia boleh memudaratkan.
Menteri besar Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar melancarkan dan menyertai mogok tersebut.
Mogok lapar yang bermula di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pada 26 Mei akan berakhir di pejabat PAS negeri petang Khamis dengan solat hajat.
Ekoran daripada tanda protes Pakatan Rakyat itu, lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian.
Mereka ditangkap sewaktu berarak dari tapak program tersebut di pejabat DAP Perak ke mahkamah tinggi untuk menyaksikan satu saman difailkan terhadap kerajaan negeri BN yang memecat ketua-ketua kampung.
Tujuh ADUN yang ditahan: Speaker yang digugurkan V Sivakumar (DAP-Tronoh), Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan