HAKIM Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Ali digesa agar memberikan penjelasan kepada umum terhadap keputusan beliau yang meluluskan permohonan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan status Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, lapor Intan Abdullah.
Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata pihak mahkamah yang membuat keputusan tersebut pasti mempunyai alasan tersendiri yang disifatkan sebagai istimewa untuk menerima permohonan tersebut.
"Namun bagi saya, mahkamah hendaklah menulis keputusan dan memberikan alasan penghakiman terhadap keputusan yang dibuat seterusnya menjelaskan kepada umum apakah alasan yang menyebabkan permohonan Zambry itu diluluskan," tegasnya.
Ujarnya lagi, rakyat menjadi tertanya-tanya mengenai hujah digunakan pihak Mahkamah Rayuan yang begitu pantas memberikan kelulusan terhadap permohonan Zambry itu sehingga memberi kesan ke atas pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.
Hanipa yang juga pengamal undang-undang menyatakan, penjelasan itu sangat penting bagi mengelakkan orang ramai membuat spekulasi terhadap sistem kehakiman negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan