KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 28, 2009

Haron Din nafi laporan Malaysiakini kononnya faktor kemenangan Kumpulan Erdogan kerana dapat liputan meluas Harakah!



Dr. Haron Din sewaktu sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kepimpinan Ulama PAS yang diadakan di Markaz PAS Taman Melewar, 23 Mei lalu.

TIMBALAN Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din menafikan dakwaan beliau menyebut faktor yang membawa kemenangan kepada kumpulan Erdogan adalah dengan mendapat liputan yang hebat daripada lidah rasmi PAS, Harakah dan Siasah sepertimana yang disiarkan oleh portal berita, Malaysiakini pada 23 Mei lalu, lapor Intan Abdullah.

"Ia merupakan satu andaian yang tidak berasas kerana saya tidak menyebut sesiapa atau kumpulan apa, saya hanya membentangkan kertas kerja dalam masa yang begitu singkat," ujarnya ketika dihubungi Harakah.

Tegasnya, pihak yang berkenaan boleh merujuk kepada kertas kerja bertajuk 'Memperkukuh Kepimpinan Ulama' ketika menyampaikan ucaptama Sambutan Jubli Perak Ulama' di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak pada 23 Mei lalu.

Kata Ustaz Haron, ia adalah untuk mempertahankan apa yang diputuskan pada muktamar lalu bahawa kepimpinan ulama masih lagi relevan dan mesti diteruskan.

Beliau berkata sekiranya dakwaan ini berlaku di kalangan ahli PAS ianya seolah-olah berniat untuk melaga-lagakan pihak tertentu di dalam parti.

Bagi beliau, dakwaan yang dibuat dalam berita bertajuk "Waspada 'musuh dalam selimut' PAS" yang ditulis oleh Jimadie Shah Othman bertarikh 23 Mei lalu adalah suatu 'misinterpretation' atau salah tanggapan terhadap apa yang terkandung di dalam kertas kerja tersebut.

Ustaz Haron berharap agar apa yang terjadi tidak akan diambil kesempatan oleh mana-mana pihak bagi memelihara keharmonian dalam PAS.

Tiada ulasan: