PESURUHJAYA Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas atau Naib Presiden parti itu pada Muktamar Agung Pas Pusat Ke-55 Jun ini.
Beliau yang juga Menteri Besar menjelaskan, penarikan diri daripada bertanding jawatan berkenaan bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan serta pentadbiran negeri Kedah.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohd. Helmi Khalid dalam kenyataan empat perenggan yang dikeluarkan di sini. Bagaimanapun, Azizan akan bertanding untuk mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang disandangnya.
Dalam kenyataan tersebut, beliau turut memberi penghargaan kepada Pas kawasan-kawasan di seluruh negara yang mencalonkannya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti berkenaan.
Sebelum ini, Azizan disebut-sebut akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas selain penyandangnya, Nasharuddin Md. Isa.
Sementara itu, empat lagi calon yang layak bertanding bagi jawatan tersebut ialah dua Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Sementara Datuk Dr. Haron Din juga sudah menarik diri dari bertanding Timbalan dan Naib Presiden.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan