KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 28, 2009

Kepimpinan Ulama muncul setelah ulama dipinggirkan di bawah Asri - Subky Latif

SEBAGAI orang yang terbabit dengan penubuhan Kepimpinan Ulama pada tahun 1982, SALMIYAH HARUN mendapatkan pandangan dan imbasan Haji Ahmad Subky Abdul Latiff tentang beberapa peristiwa dalam perjuangan awal Kepimpinan Ulama sebelum apa yang dinkmati pada hari ini. Ikuti butiran lanjutnya.

Mengapa idea Kepimpinan Ulama itu timbul? Kenapa tidak sahaja memilih kepimpinan Islam atau apa-apa yang lain waktu itu?

SUBKY ABDUL LATIF: Atas kebenaran mahu mendaulatkan institusi ulama, malah kepimpinan yang dibenarkan dalam Islam adalah kepimpinan ulama. Jadi ekoran inilah kepimpinan ulama terbentuk pada tahun 1982.
Daripada tinjuan saya di kalangan orang-orang PAS ada dakwaan krisis dalam PAS pada masa itu disebabkan PAS tidak diletakkan di bawah kepimpinan ulama jadi kecenderungan semua pihak mahu kepada kepimpinan ulama.

Pada waktu itu apa yang dimaksudkan dengan Kepimpinan Ulama?

Ulama mesti memimpin. Kepimpinan itu mesti ulama, jadi PAS wajar melaksanakan supaya kepimpinan ulama itu wujud. Pemuda PAS waktu itu tidak ada apa-apa 'recommendation' bentuk dan konsep kepimpinan itu, tetapi pokoknya yang kita mahu PAS kembali kepada kepimpinan ulama yang juga tepat bagi gerakan Islam.

Apakah perbezaan kepimpinan Dato' Asri waktu itu dengan kepimpinan ulama yang digagaskan selepas itu?

Sebenarnya krisis itu berpunca daripada kepimpinan tidak ulama. Dato Asri bukan kepimpinan ulama dia mempunyai semangat Islam yang tinggi. Tetapi dalam pentadbiran 10 tahun lebih itu, berlaku macam-macam menyebabkan ulama terpinggir. Di sinilah punca krisis. Ekoran itu timbul pandangan-pandangan di kalangan PAS seperti kena tulah sebab kepimpinan gerakan Islam tidak dibawah ulama.

Banyak juga rintangan kepimpinan ulama di peringkat awal misalnya isu kafir mengkafir. Bagaimana kepimpinan ulama berdepan dengan isu-isu panas ini?

Rintangan itu bukan PAS yang timbulkan. Ini Umno sendiri yang ada-adakan cerita. Malangnya PAS terperangkap oleh mainan politik Umno pada waktu itu. Ini bukan PAS punya kerja.
Jadi PAS tidak dapat tangani isu ini, kerana ulama tidak ada roh. Yang penting ketika itu, ulama terpinggir. Oleh itu ulama tidak berperanan dalam masalah itu.

Dalam Peristiwa Memali, 1986, ulama dijadaikan sasaran hingga terbunuh syahid. Apa yang saudara boleh katakan.

Saya tidak nafikan peranan ulama itu ada, tetapi mereka tidak terpenting untuk menjadi pemimpin, mereka hanya menjadi penyokong pimpinan. Pimpinan PAS mengiktiraf kematian Ibrahim Libya dan orang-orangnya sebagai syahid. Kematian mereka digelar dan diiktiraf sebagai syuhada.

Pilihan raya umum 1986 PAS kalah teruk. Waktu itu PAS bekerjasama dengan CCC dan ini sejarah pertama PAS berpakat dengan bukan Melayu. Mengapa gagal?

Itu adalah peringkat awal pelaksanaan PAS untuk mendekati masyarakat bukan Islam. Tetapi kegagalan PAS pada masa itu kerana disebabkan politik Umno juga. Sebelum pilihan raya sokongan masyarakat Cina kepada PAS begitu besar, jadi ini menakutkan BN dan umno.
Oleh kerana itu, Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim menganjurkan pertemuan dengan pimpinan PAS secara sulit, atas alasan untuk meredakan ketegangan. Jadi perkara ini orang lain tidak tahu pertemuan sulit itu.
Tetapi kurang 24 jam selepas pertemuan itu Umno bocorkan bahawa mereka berjumpa dengan pemimpin PAS. Jadi ini menyebabkan semua Cina merasakan PAS mengkianati mereka. Akhirnya mereka tidak memberi sokongan kepada PAS. Ini adalah politik Umnolah mengalihkan perhatian Cina daripada PAS.

1 ulasan:

org memali berkata...

Inilah sebenar rakyat mahukan ,PAS kembali kejalan asal .Rakyat sentiasa melihat perkembangan ini dan setidak2nya ada parti yg keanggotaannya tidak seperti parti2 lain . teruskan perjuangan dan insyaalah perjuangan sdr2 akan mendapat tempat . Sebelum ini PAS sama seperti parti2 lain-berdusta ,memaki hamun ,mejatuhkan hukum mengikut pilihan dan lain2 lg . Dibawah kepimpinan ulama ,PAS diharap dapat menonjolkan imej islam yg sebenar -sederhana ,redho dan tawadduk .Insyaallah .Takbir.... Allahuakbar . Aaminnnn.