KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 25, 2009

BN tetap tidak percaya Manek Urai kubu kuat PAS yang tidak boleh ditelan!


HANYA beberapa jam selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia pada Jumaat lepas, Pas tanpa berselindung menyarankan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di kerusi itu kerana ia kubu kuat Pas, tulis Syarifah Hunanini Syed Ismail untuk Bernama.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali semasa membuat saranan itu dengan penuh yakin berkata, sekiranya BN memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti, ramai boleh menjangkakan parti mana yang akan menang.

Kenyataan itu dilihat sebagai mempamerkan sikap angkuh Pas di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasa kebal kerana telah menguasai Kelantan hampir 20 tahun.

Teori kubu kuat Pas menjamin kemenangan parti itu juga boleh disangkal berikutan BN pernah merampas kerusi DUN Pengkalan Pasir pada pilihan raya kecil pada Disember 2005. Pilihan raya kecil itu dimenangi calon BN, Hanafi Mamat, dengan majoriti 134 undi menewaskan calon Pas, Hanifa Ahmad yang memperoleh 7,288 undi. Calon Bebas Datuk Ibrahim Ali menerima 415 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Pas nyaris-nyaris kehilangan negeri Kelantan apabila BN Kelantan berjaya memenangi 21 kerusi daripada 45 kerusi DUN dan lapan daripada 14 kerusi Parlimen.

BN juga meletakkan pemerintahan Pas di Kelantan umpama telur di hujung tanduk apabila kerusi DUN Kemuning dimenangi Pas dengan majoriti dua undi sahaja.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN menegaskan BN pasti akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN itu dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas.

Tegas Perdana Menteri, pada prinsipnya, BN akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil jika kekosongan itu berlaku atas sebab-sebab perlembagaan seperti kematian penyandang, tetapi tidak akan menari mengikut rentak pembangkang dalam kes-kes kekosongan yang berlaku kerana ada manipulasi politik seperti mana pada pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengingatkan pemimpin Pas supaya tidak terlalu yakin apatah lagi calon BN di kerusi berkenaan hanya tewas dengan 1,352 undi sahaja pada pilihan raya umum 2008.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed pula berkata, kenyataan Pas itu jelas menampakkan keangkuhan sedangkan rakyat belum lagi membuat keputusan dan pilihan raya kecil pun belum diadakan lagi.

Timbalannya, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin pula berkata, kenyataan itu bertujuan melemahkan semangat dan mendorong BN tidak bertanding sekali gus memberi kemenangan moral kepada Pas.

Hakikatnya, tegasnya, ia telah mempamerkan sikap sebenar Pas yang licik dan tidak lebih hanya sebuah parti politik yang memperjuangkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Biarlah rakyat yang menilainya ... fokus kita bekerja dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat... kalah atau menang itu terpulang kepada pengundi di Manek Urai untuk tentukan," kata Timbalan Menteri Kewangan itu.

Bagi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian, tidak mustahil untuk BN menembusi DUN Manek Urai, jika kena dengan caranya.

Walaupun menyedari kedudukan Pas sebagai kerajaan negeri tidak terjejas sekiranya BN menang berdasarkan jurang besar memihak kepada parti itu yang ketika ini menguasai 38 kerusi, BN dengan enam kerusi dan Parti Keadilan Rakyat, satu kerusi, beliau berkata BN wajar meletakkan calon.

"Ia mampu memberi suntikan semangat kepada BN dan UMNO dan membuktikan setiap tindakan yang diambil setakat ini untuk memulihkan kembali imej parti, berada pada landasan yang betul dan diterima rakyat," katanya.

Katanya, selain perlu memastikan calon yang benar-benar mampu menarik hati rakyat, Mustapa perlu memastikan puak-puak yang wujud dalam UMNO Kelantan sudahpun bersatu dan segala masalah dalaman tidak lagi menjadi barah yang memusnahkan parti itu sejak sekian lama.

Transformasi yang berlaku dalam barisan pimpinan BN Kelantan yang kini sekali lagi dipikul Mustapa, dilihat mampu meraih kembali sokongan rakyat, katanya.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin yang terkenal kuat bekerja dan merendah diri, Mustapa diyakini mampu mencipta gelombang biru sekali lagi seperti mana pada pilihan raya umum 2004, selain memantapkan kembali sokongan rakyat terhadap BN.

Majoriti 1,352 undi yang dimenangi Allahyarham Ismail pada pilihan raya umum 2008 juga sebenarnya tidak meletakkan Pas pada kedudukan selesa, katanya.

"BN perlu cari jalan untuk menarik kembali sokongan golongan muda dan memberi perhatian kepada penyelesaian permasalahan mereka seperti menyediakan peluang pekerjaan dan membuktikan BN parti yang benar-benar ikhlas berkhidmat kepada rakyat. BN juga perlu lebih teliti menjelaskan isu semasa kepada rakyat," katanya.

Paling penting, kata beliau, BN perlu menunjukkan keikhlasannya untuk memberi khidmat kepada rakyat dan pemimpin tidak muncul hanya di kala ada pilihan raya semata-mata.

Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi Jumaat lepas setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas akibat sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan bermesyuarat Khamis ini untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JANGAN TAKUT
"LAWAN TETAP LAWAN"

KALAH ATAU MENANG
KETENTUAN ILAHI.

BARULAH KITA BERADA DILANDASAN YANG BETUL..
BERSERAH KEPADA ALLAH.

UMNO MENANG..... MASIH ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM.

PAS MENANG.. TETAP JUGA ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM.

JANGAN
"ORANG KAPIAQ"
HAMBA BENCI DENGAN ORANG KAPIAQ.
MEREKA PENUH DENGAN TIPU-HELAH.
MEREKA TETAP MUSUH AGAMA.

Tanpa Nama berkata...

hai xrasa membazir duit rakyat ke nak tanding PKR MANIK URAI?naktangding ni ikhlas ke?itulah cara lidang cabang umno berdolak dalik dlm apa2 isu pun ..tangan sendiri berbau najis xcuci nak cuba2 kondem orang punya tubuhbadan..cerminlah diri anda dahulu dicermin yg bersih bukan mencermin diri dicermin karat biru...

Tanpa Nama berkata...

UMNO ada wang....
Biarlah dia bertanding.

Kita tiada WANG,
Tapi ada juga sedikit sifat BERUWANG (beruang)

MANA ADA..
PARTI YANG SUCI..

CUMA KITA SEKADAR SYOK SENDIRI...
Lawak..........
Lawak...

Pengikut-pengikut yang TAKSUB...
TAK KENAL MUSUH ataupun LAWAN.
Inilah yang dikatakan TAKSUB MEMBABI BUTA.

kah... kah...
Insaflah......

Unknown berkata...

Weh main bola pun ada menang kalah.. dan terbalikkan kenderaan. kah..kah..kah... main congek-cakdong guna kati.