KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 14, 2009

Sekutu kuat Umno, Gerakan juga desak BN adakan pilihan raya di Perak


AHLI Jawatankuasa Pusat Gerakan mendesak Barisan Nasional (BN) supaya bersama Pakatan Rakyat menamatkan krisis politik di Perak dengan memohon perkenan Sultan supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan segera, lapor Lee Wei Lian.

Dr Hsu Dar Ren berkata terlalu banyak kerosakan telah berlaku di Perak dan satu-satunya cara untuk menamatkannya ialah dengan mengadakan pilihan raya negeri.

"Ia bukan lagi soal siapa benar dan siapa salah. Keputusan mengenai siapa seharusnya membentuk kerajaan yang sah bukan lagi ditentukan oleh mahkamah, tetapi ia harus diputuskan oleh rakyat Perak sendiri dengan kembali kepada asas demokrasi," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

"Saya dengan rendah diri memohon kepada kedua-dua belah pihak supaya kembali kepada prinsip demokrasi dan mencerna diri daripada bertelagah untuk merebut kuasa dan hilang sokongan rakyat."

Krisis politik di Perak telah berlarutan selama tiga bulan, bermula dengan perlantikan Dato' Seri Dr Zamry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang baru oleh Sultan Perak setelah mengarahkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Nizar bagaimanapun enggan meletakkan jawatan dan semenjak itu kedua-dua, BN dan Pakatan Rakyat bertelagah dalam menentukan siapakah yang layak menerajui negeri itu secara sah.

Tiada ulasan: