KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 28, 2009

Silap perhitungan, Satu Malaysia jadi liabiliti kepada Najib!

KETUA Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan slogan Satu Malaysia merupakan kempen terdesak Barisan Nasional (BN) yang tersepit bila melihat sokongan dan dokongan bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat luar biasa hebat, lapor Irwan Muhamad Zain.

Ditambah dengan sokongan MCA dan MIC dalam BN yang semakin terhakis, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak terpaksa melancarkan slogan tersebut kerana mahu menarik sokongan bukan Melayu.

"Najib tersepit bila dokongan dan sokongan bukan Islam terhadap PAS dan Pakatan Rakyat meningkat. Kerana faktor itu beliau melancarkan slogan Satu Malaysia bagi menarik sokongan bukan Islam terhadap BN," tegas beliau.

Namun tegas Salahuddin slogan Satu Malaysia dibuat kerana cemburu dengan slogan 'PAS For All' ia tidak mendapat perhatian rakyat. Lebih menyiksa Najib bila slogan yang dilaung-laungkan beliau itu kini menjadi liabiliti untuk dirinya.

Selepas melancarkan slogan 'Satu Malaysia, Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan', Najib terpaksa menghabiskan banyak masa untuk menerangkan kepada semua pihak apa yang dimaksudkan dengan slogan tersebut.

Ini membuktikan slogan tersebut menjadi liabiliti buat Najib dan dilancarkan bukan dengan hati yang ikhlas untuk membantu rakyat sebaliknya hanya retorik politik semata-mata.

Najib dalam pertemuan dan majlis yang dihadirinya sejak seminggu ini, terpaksa menjawab dan menerangkan apakah yang dimaksudkan Satu Malaysia yang dicanangkannya itu. Rakyat mula bangkit untuk mengajukan pelbagai tuntutan bagi merayakan konsep tersebut.

Banyak kenyataan Najib akhirnya diterjemahkan sebagai tidak menuju ke mana-mana pembaharuan dalam konsep Satu Malaysia, sebaliknya mengekalkan acuan lama seperti yang dibawa oleh BN, cuma ianya diberi pakej baru.

Tiada ulasan: