
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi Bernama berkata mesyuarat akan diadakan pada hari berkenaan sekiranya surat pemakluman mengenai kekosongan dihantar pada Isnin.
“Mesyuarat dijangka bermula pada 10 pagi dan SPR akan memaklumkan pada hari sama mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian,” katanya. Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud hari ini berkata kekosongan kerusi DUN Manik Urai akan dimaklumkan kepada SPR, Isnin ini.
Ismail, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas. Beliau, yang mewakii PAS, mula memenangi DUN Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan