KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mei 30, 2009

PAS Kawasan Batu ucap takziah ke atas keluarga mangsa runtuhan bangunan Jaya Supermarket

KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Batu mengucapkan takziah kepada seisi keluarga yang terbunuh dalam tragedi bangunan runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya Selangor 28 Mei lalu. Naib Yang Dipertuanya, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan kejadian itu sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak agar kerja-kerja meruntuh dijalankan mengikut piawaian yang betul.

Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang Khamis, 28 Mei iaitu ketika kira-kira 20 hingga 30 pekerja asing sedang menjalankan kerja-kerja persediaan sebelum merobohkan salah satu blok bangunan itu.

Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mayat mangsa keempat dari runtuhan bangunan Jaya Supermarket itu kira-kira jam 4 petang, 29 Mei. Annuaruddin, operator kren, berusia 38 tahun, ditemui mati terperangkap pukul 3.30 petang. Mayat dikeluarkan 37 minit kemudian. Sehingga awal pagi 29 Mei, tiga orang telah disahkan terbunuh dalam tragedi itu.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, mayat ketiga yang ditemui awal pagi itu di bahagian bawah tempat letak kereta bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket yang runtuh berjaya dikeluarkan pada jam 2 petang, 29 Mei.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat Muhamad Maskur, 31, warga Indonesia, dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Penemuan itu menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang setelah dua mayat ditemui pada 28 Mei. Empat lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan yang berlaku jam 5 petang, 28 Mei.

Mayat pertama yang dikenali sebagai Maskor, 28, dikeluarkan dari tapak runtuhan pada 6.50 petang manakala mayat kedua, yang belum dikenal pasti, dikeluarkan pada 10.20 malamnya. Arjunaidi berkata terdapat seorang atau dua lagi mangsa dipercayai berada berhampiran dengan kawasan mayat ketiga ditemui.

"Usaha sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa yang tinggal," katanya.

Mayat Muhamad disahkan oleh rakan sekerja yang juga sepupunya dikenali sebagai Suryano, 21, yang membuat pengecaman di bilik mayat PPUM berdasarkan baju dan kasut yang dipakainya. Beliau berkata Muhamad gagal menyelamatkan diri dan beliau sendiri nampak sepupunya itu tertimbus dalam runtuhan.

Tarmizi menyokong langkah Kerajaan Selangor yang telah mengarahkan semua kerja-kerja meroboh bangunan Jaya Supermarket itu diberhentikan serta-merta bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk mencari punca mengapa berlakunya tergedi itu.

7 ulasan:

Abu Razeen 2 berkata...

salaam.

gambar yg lebih sesuai tika ucap takziah.

lebih penting lagi, sbg org yg ada access kpd pimpinan PR, sy harap sdr minta S'ngor , antara lain, selongkar habis2an klu ada unsur rasuah dlm MPPJ luluskan pembangunan di PJ.

dlm hal berkaitan iklan bilboard arah ke masjid bulat PJ contohnya , dr nano ke apa namanya...... dedah tubuh melampau.

belum sebut premis judi dan premis arak yg masih jual pd pelanggan muslim.

sebab2 bala turun di PJ dan S'ngor amat banyak.....tak malukah kerajaan S'ngor dan muslim S'ngor doa dijauhkan bala sedang sebab musabab turunnya bala dibiar berluasa???

Bah Lontok berkata...

Jangan susah, kerajaan BN/UMNO tetap prihatin, segala bantuan akan diberikan.

Tanpa Nama berkata...

saya juga nak ucapkan salam takziah

drpd admin

downloadmoviedirect.blogspot.com
tvceramahanda.blogspot.com
blogtokguru.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

I never knew that I cаn quit smοκing
and it is аll ԁue to Bull Smoke cigaгеttes.

Τhese remarκable е сigѕ possess pulleԁ me out of the ѕtгeѕs have beеn еxρeriencing аs I ωаѕ unablе to gіve up
smoking.

Look іntо my blog post ... Www.Luiscarro.Es

Tanpa Nama berkata...

Great blog! Do you have any recommеndations for
aspiring writеrs? I'm hoping to start my own website soon but I'm a little lost on
everything. Would уou recommend ѕtarting with a free platform lіke Woгdpress οr go for a
paid option? There are so many options out thеre thаt I'm totally overwhelmed .. Any tips? Kudos!

Also visit my web page; http://www.Sfgate.com/business/prweb/article/V2-Cigs-Review-Authentic-Smoking-Experience-or-4075176.php

Tanpa Nama berkata...

Attractive section of content. I just stumbled upon
your weblog and in accession capital to assert
that I acquire actually enjoyed account your blog posts.
Anyway I'll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently rapidly.

Here is my blog; speke ()

Tanpa Nama berkata...

I'll right away grasp your rss feed as I can't find your email subscription
hyperlink or newsletter service. Do you've any? Please allow me understand so that I may just subscribe. Thanks.

Feel free to surf to my web blog ... unloaders