KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 17, 2011

Setelah diasak media baru: Markom gelabah dakwa 'hanya kenalpasti guru anti-kerajaan' sahaja


Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, yang dirakam didakwa berkempen untuk BN di Tenang, telah menafikan tuduhan tersebut. Katanya, beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".

Sebaliknya, kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau berkata, ia merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong," tegasnya. Jika didapati menentang kerajaan, katanya, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.

Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah. Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Tiada ulasan: