KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 17, 2011

Ikut jejak gantung Ketua Pembangkang: Presiden NUJ digantung, kebebasan media di Malaysia "masuk kubur"

Jika Presiden NUJ, Hata Hawari juga menerima nasib yang sama seperti Amran Ahmad, ini bermakna Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan) yang menerbitkan akhbar arus perdana, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! telah membuang kerja dua ketua Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) dalam masa yang begitu dekat, selain beberapa dekad yang lalu melibatkan bekas Presiden NUJ Malaysia, Yazid Othman. Baca lanjut DI SINI.

Jika Hata dibuang kerja, beliau pastinya akan melakukan proses yang sama seperti yang dilakukan oleh saya sebelum ini iaitu membuat aduan di Jabatan Perusahaan, Kementerian Sumber Manusia untuk dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia yang akan memutuskan sama ada kes akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan atau sebaliknya.

Dalam mempertahankan tindakan Hata ke arah kebebasan media yang menjadi antara asas perjuangan kesatuan semenjak ianya ditubuhkan, saya suka sekali untuk menarik perhatian dan mengalihkan pandangan daripada isu kebebasan media yang sekian lama membelenggu negara ini kepada "pemberontakan" dan kelantangan oleh wartawan Utusan sahaja, terutama ketika ditunjangi oleh dua pemimpin kesatuannya

Tiada ulasan: