KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 21, 2011

Sultan Kelantan murka ada NGO yang jual gelaran "Datuk" lebih 150 sejak 2010




Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V amat dukacita dengan tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai seorang lelaki yang mendakwa berketurunan Long Yunus kerana mengurniakan darjah kebesaran termasuk gelaran 'Datuk kepada lebih 150 orang sejak tahun lalu.

Kekecewaan baginda itu diumumkan oleh Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini hari ini. Sukri berkata, pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap NGO terbabit sejak tahun lalu kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang.

Katanya, ada di antara penerima terbabit sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada NGO tersebut bagi mendapatkan gelaran 'Datuk' kurniaan darjah kebesaran.

"Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima yang sanggup membayar RM150,000. Terbaru pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lalu.

"Mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Sultan Kelantan adalah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan baginda sahaja yang boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.

"Berikutan itu mana-mana pihak selain Sultan Kelantan tidak boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran dan t idak boleh mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan," katanya.

Tambahnya, semua pihak terutama rakyat dari luar Kelantan harus menyedari tiada sesiapa dari negeri selain daripada Sultan Muhammad Ke-V yang layak mengurniakan darjah kebesaran bagi mengelakkan terus ditipu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.

"Ia masih dalam siasatan namun tiada sebarang tangkapan dibuat dan kita sedang merekod kenyataan daripada mereka yang terlibat," katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Αгticle writing іs also a exсіtement, if you know after that уou
cаn wгite if not it is comρlex
to wгіte.

Feel free to visit my web blog: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Grеat blog here! Alsо your ωebsite loadѕ up very fast!

What host агe уоu using?
Can I get your affiliate link to your host? I ωish my wеbsitе lοaded up as fast аѕ yоurs lοl

Ηere is my web ρаge - Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

The best way will be to download more technically high-grade and professional software
from the Internet which will capture this information and save it
to a file which will then be removed. Therefore, more children are visiting dirty websites.



Feel free to surf to my blog keylogger free

Tanpa Nama berkata...

Everyone loves what you guys tend to be up too. This type of clever work and coverage!
Keep up the wonderful works guys I've added you guys to my personal blogroll.

Take a look at my homepage http://www.vanspecialist.com